Hasrat sepasang pengantin baharu untuk merakam detik terindah bersempena perkahwinan mereka terbantut selepas tragedi letupan yang dahsyat berlaku berpunca dari sebuah gudang di Beirut, Lubnan
Menurut sumber, shooting yang dirakam oleh Mahmoud Nakib itu sempat merakam detik-detik cemas ketika gelombang impak letupan itu melanda, lantas mengubah daripada sebuah saat yang indah menjadi saat yang genting.
Letupan dari gudang yang meletup itu meledak hingga ke kawasan mereka, mengakibatkan pengantin beserta kru penggambaran rakaman tersebut bertempiaran lari menyelamatkan diri.
My heart is so heavy 💔 😭
Saddest things ever 😫
A bride during her wedding shoot as the explosion in beirut happens.
PRAY FOR LEBANON 🇱🇧 pic.twitter.com/cTVVOuUSFo
— StanceGrounded (@_SJPeace_) August 5, 2020
Pada awal rakaman itu, pengantin perempuan itu jelas terpancar serinya dan memberikan senyuman sambil memperagakan gaun putihnya kepada kamera, namun perkara pelik disedari oleh jurukamera beberapa saat kemudian sebelum gelombang itu ‘menghentam’ mereka.
Sejurus kejadian itu, dapat dilihat pengantin dan beberapa orang yang lain meluru masuk ke dalam bangunan berdekatan untuk berlindung.
Nakib mengatakan bahawa dia dan pasangan tidak cedera dengan letupan itu dan mengatakan bahawa mereka semua bersyukur kerana selamat daripada impak letupan itu.