in

[Video] “Kopiah atas kepala, tangan dok cekik ayam” – Polis Buru Lelaki Cekik Ayam Jantan Sampai Kejung!

Kopiah Cekik Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas beberapa haiwan seperti kucing dan anjing menjadi mangsa keganasan manusia, kini seekor ayam jantan pula dianiaya.


Menerusi perkongsian video di Facebook, seorang lelaki yang lengkap berkopiah dilihat sedang mencekik seekor ayam sehingga alami kekejangan. Adoi dah kenapa bro? Bosan sangat ke sampai nak cekik ayam?

 

“Cekik ayam hidup yang tak mampu melawan hingga kejang kaki bukan satu gurauan yang sihat”

Menurut video yang dimuat naik Persatuan Haiwan Malaysia, kejadian yang dikatakan berlaku di Dungun, Terengganu ni menunjukkan seorang lelaki telah mencekik ayam hidup yang tak mampu melawan hingga kejang kaki.

Kejadian seperti ni tak sepatutnya berlaku dan persatuan tersebut berpendapat ia merupakan gurauan yang tak sihat serta menjadi titik permulaan kepada kekejaman lain terhadap manusia. Sampai mati weh ayam tu dikerjakannya! 

Disaat Warga Malaysia sedang gembira meraikan Aidilfitri terdapat insan zalim yang melakukan kekejaman terhadap haiwan. Ianya tidak pernah habis malah sentiasa berlaku dan menjadi trend bergurau senda dengan nyawa makhluk hidup.Kejadian mencekik ayam hidup yang tidak mampu melawan hingga kejang kaki bukan satu gurauan sihat dan merupakan titik permulaan untuk kes kekejaman lain terhadap manusia.Kejadian di Mukim Kuala Dungun, Daerah Dungun Negeri Terengganu ini menunjukkan masih ramai warga Malaysia tidak mempunyai maklumat dan tidak memahami mengenai kesalahan jenayah haiwan (pencegahan kezaliman) di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 walaupun perlakuan tersebut hanya untuk gurau senda dan dilakukan secara suka-suka apatah lagi melibatkan kematian haiwan.Walaupun mangsa hanya seekor ayam namun perbuatan yang dilakukan pemuda ini tidak boleh dianggap ringan. Animal Malaysia menggesa pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia melakukan siasatan menyeluruh dan mengheret pelaku kejam terhadap ayam ini ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang mampu mendidik sesiapa yang berniat tidak baik terhadap haiwan.Orang kampung di Mukim Kuala Dungun, Daerah Dungun Negeri Terengganu diminta tidak melindungi penjenayah dan pembuli haiwan ini. Mohon jejak pelaku durjana dan heret pelaku ini agar boleh ditangkap dan keadilan terhadap sang ayam malang dapat ditegakkan. Ahli keluarga pelaku zalim juga diminta tidak melindungi waris bersifat brutal dan bakal membahayakan nyawa manusia lain pada masa akan datang. Maklumat pelaku seperti nama, alamat dan nombor telefon pelaku boleh disalurkan ke email malaysiaanimal@gmail.com

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Friday, June 7, 2019

Haiwan
sumber: facebook

 

“Pioh atas pale, tangan duk cekik ayam. Ada masalah mental ke gane yang duk seksa ke binatang hok tak leh melawan tu” 

Posting video tersebut telah mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib ayam tersebut yang tak pasal-pasal dicekik tanpa sebab. Ramai yang berharap agar pemuda terbabit cepat ditangkap.

Kot ye pun nak melawak, janganlah bermain dengan benda yang hidup kan? Sungguhpun ia adalah haiwan, tapi tu makhluk Allah dik. 

Cekik 1

Gilo
sumber: facebook

Pemuda cekik ayam kini diburu polis!

Menurut laporan terbaru daripada Astro AWANI, Jabatan Perkhidmatan Verterinar Terengganu kini sedang menjalankan siasatan berhubung penularan video tersebut.

Pengarah Jabatan Verterinar Negeri, Dr Mohd Termizi Ghazali berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkan maklumat.

“Dalam Akta Kebajikan Haiwan 2015, sebarang pelakuan kejam atau sebarang pelakuan yang boleh ditakrifkan penganiyaaan kepada haiwan boleh didakwa di mahkamah.

“Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda minimum sehingga RM20,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun,” katanya.

Tambahnya lagi, penternak ayam juga perlu patuhi garis panduan penyembelihan haiwan ternakan yang mana ia tidak boleh dipukul dan dipertontonkan kepada umum semasa proses penyembelihan dilakukan.

Pexels Photo 375510
gambar hiasan

Tak pasal-pasal jadi buruan polis. Dah tak ada kerja sangat ke bro sampai ayam pun nak dicekiknya? 

Baca: “Sakit otak” – Lelaki Sanggup Beli Berpuluh-puluh Kucing Online Untuk Dia Dera & Sembelih

Sembelih

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.