in

[VIDEO] Kisah Viral Pelajar Uni Meninggal Dunia, Rakan Dedah Kebaikan Beberapa Hari Sebelum ‘Pergi’

Fi Uni

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu, negara kita telah dikejutkan dengan berita dua penuntut IPT telah meninggal dunia setelah mengadu sakit kepala. Mereka tak sedarkan diri, dan disahkan mengalami pendarahan di dalam otak.


Menurut bapa kepada Allahyarham Adham Hazim yang juga penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang, dia sempat merangkak ke bilik tidur ibu bapanya untuk meminta tolong dihantar ke hospital lapor Berita Harian.

Ayahnya yang dikenali sebagai Mohd Rizaini memaklumkan bahawa, hasil imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) terhadap anaknya itu, menunjukkan dua urat pada bahagian belakang dan atas kepalanya putus yang berpunca kepada berlakunya pendarahan.

Uni 1

 

“Dua hari lepas baru kita keluar agih bantuan”

Terbaru, rakan kepada Allahyarham Adham ada memuat naik video mereka bersama dua hari sebelum arwah ‘pergi’.

Menerusi posting dimuat naik oleh Syafiq di TikTok, dia nyata masih terkejut dengan apa yang terjadi. Dia diberitahu sendiri oleh abang Adham, bahawa kawannya itu dah tiada pada malam tersebut lalu bergegas ke hospital.

Uni 4

Paling menyedihkan untuk Syafiq, apabila beberapa hari sebelum arwah ‘pergi’ mereka sempat memberi bantuan kepada gelandangan di sekitar kawasan tempat tinggal mereka. Dia juga menyifatkan bahawa sahabatnya itu sangat rajin membantu mereka kesusahan dan bercadang untuk buat lagi aktiviti berkenaan dalam masa terdekat.

Syafiq turut bersyukur kerana sempat, berada di samping Allahyarham Adham hingga selesai segala urusan pengebumian.

@syfqirfnn

Simpan sini buat kenangan.Tenanglah kamu di sana

♬ original sound – Aishah_ahmadxx – Aishah_ahmadxx

 

“Kita baik, ramai sayang”

Menjengah ke ruangan komen, ternyata posting tersebut membuatkan rata-rata netizen berasa sebak. Di samping itu, ada juga mendakwa bahawa Allahyarham Adham sangat murah dengan senyuman.

Reak Uni 1 Edit Reak Uni 2 Edit Reak Uni 3 Edit

Semoga roh arwah Adham dicucuri rahmat. Kami dari team Lobak Merah mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga.

 

Baca : Pelajar Meninggal Dunia, Didakwa Stres Banyak ‘Assignment’ & Tak Cukup Tidur?

Foot Uni

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.