Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) telah ditahan berkesedudukan dengan pasangannya di sebuah pangsapuri dekat Meru, Ipoh semalam.
Antara alasan yang diberikan pelajar IPT tersebut adalah dia bimbang tinggal seorang ekoran rakan serumahnya pulang ke kampung.
Pelajar perempuan yang berusia 20 tahun itu dengan pasangannya yang berusia 22 tahun telah ditangkap oleh pasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada pukul 11.20 pagi.
Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, serbuan dibuat di kediaman itu hasil daripada maklumat awam berkaitan pasangan itu yang dikatakan tinggal bersama sejak seminggu lepas.
Ketika ditangkap, pelajar perempuan itu memberi alasan tinggal berseorangan kerana rakan-rakan serumahnya pulang ke kampung masing-masing.
“Bimbang dengan keselamatan diri, dia kemudian menumpang di rumah sewa pasangannya di mana semua rakan lelaki itu juga pulang ke kampung bercuti,” katanya.
Artikel berkaitan: Pecut Kereta Hingga Terbabas Sebab Kantoi Berkhalwat, Lelaki Sempat Larikan Diri Tinggalkan Kekasih
Artikel berkaitan: 2 Kali Ditangkap Berkhalwat, Ibu Tunggal Jadi Wanita Pertama Di Terengganu Kena Hukuman Sebat
Tambahnya lagi, pelajar tersebut dan pasangannya yang juga menuntut di IPT sama telah dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan, JAIPk untuk siasatan lanjut,
Siasatan ke atas pasangan itu juga dibuat mengikut Seksyen 54 (1) dan (2) Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.
Walau bagaimanapun, kedua-dua pelajar berkenaan telah dibebaskan dengan bon jaminan penguatkuasa.
Haish, risau tengok pergaulan bebas remaja sekarang!
Sumber: Kosmo