[VIDEO] Kena Terkam Dalam Tren!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



[VIDEO] Kena Terkam Dalam Tren!

 
 
00:00 /
 
1X

Selalunya kalau naik tren ni paling teruk pun kena bersempit-sempit macam sardin dalam tu sebab terlalu ramai penumpang yang guna pada satu-satu masa. Tapi seorang penumpang tren kat China ni mungkin akan fikir dua kali bila naik tren lepas ni.

Baru-baru ini satu video telah dimuat naik oleh laman Hong Kong News menunjukkan satu kejadian pelik yang berlaku kat dalam tren di China, lapor South China Morning Post. Dalam video berdurasi 50 saat tu, seorang wanita berumur 36 tahun dilihat menerkam seorang lelaki berusia 56 tahun yang juga penumpang kat dalam tren tu.

Sumber: Youtube

Bukan je merangkul badan lelaki tu dengan kuat, perempuan tu tiba-tiba gigit lelaki tu. Ada jugak yang cakap dia menjerit dulu sebelum serang lelaki tu. Lepas tu dia gigit leher lelaki tu masa mangsa nak cuba lawan dia. Lelaki tu kemudiannya terpaksa tolak muka perempuan tu dan berjaya lepaskan diri.

Tapi apa yang lagi pelik, perempuan tu tiba-tiba macam melutut dan duk jilat-jilat darah yang tumpah kat lantai tren. Kemudian dia berbogel pulak dan buat pose entah apa-apa dalam tren tu.

Sumber: Youtube

Bila tengok keadaan tu, polis dan kakitangan tren terpaksa la masuk campur dan cuba untuk hentikan apa yang berlaku. Bila ditanya, rupanya perempuan tu cakap dia ada masalah perhubungan dengan suami dia.

Lelaki berusia 56 tahun tu berdarah-darah dan terpaksa dihantar ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut atas kecederaan yang dialami. Gara-gara amukan perempuan ni, stesen tren tu terpaksa dikosongkan dan polis akan menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Youtube

Dah kenapa perempuan ni? Takkan nak lepas geram masalah dengan suami kat orang lain pulak? Kesian pulak pakcik tu tak pasal-pasal kena gigit.

Cuba korang tengok apa dia buat ni:

Sumber: Youtube

Baca: Wanita Terpaksa Kurung Suami Kerana Mengamuk Pecahkan Siling, Cermin Tingkap Rumah di Selayang

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.