in

(VIDEO) Kasihan Warga Emas Ni Disondol Babi Liar Ketika Cuba Bantu Dua Beranak Jatuh Motor

Disondol Babi Liar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
(VIDEO) Kasihan Warga Emas Ni Disondol Babi Liar Ketika Cuba Bantu Dua Beranak Jatuh Motor
Loading
/

Kita selalu dengar orang cakap perkataan ‘disondol babi’ tapi kita jarang pulak tahu atau lihat macam mana keadaan apabila disondol haiwan tersebut kan?

Mungkin sesetengah orang anggap benda ni macam benda lawak tapi kalau tengok babi menyondol mangsa in real life, boleh tahan scary jugak weh! Menerusi perkongsian di Facebook Penang Kini, seorang mangsa cedera parah gara-gara kena sondol babi! 


 

Mula-mula babi sondol dua beranak atas motosikal tapi kesian warga emas ni, dia pulak tiba-tiba yang kena! 

Menerusi posting tersebut, video tragis yang dirakam CCTV kat Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor menunjukkan seorang ibu dan anak pada mulanya sedang menunggang motosikal sebelum dia orang kena sondol oleh seekor babi liar berwarna hitam.

Tapi lagi kasihannya, seorang pakcik warga emas datang nak bantu dua beranak yang jatuh motor tadi, tup-tup dia pulak disondol babi tu tanpa belas kasihan! Adoi sampai terbaring pakcik tu kat tepi jalan bergelut nak melepaskan diri.

 

Mangsa berlubang di paha dan betis, tapak kaki dan tangan koyak 

Menurut anak mangsa, bapa dan pakciknya yang datang membantu wanita tersebut dan anaknya kini sedang dirawat di Hospital Seberang Jaya. Ayahnya mengalami kecederaan di paha dan betis yang berlubang. Manakala tapak kaki dan tapak tangannya pula terkoyak sehingga nampak tulang. Allahu! 

Ayah Kena Sondol
sumber: facebook

Susulan viral video berdurasi 2.19 minit ni, pihak berkuasa diminta ambil tindakan segera sebelum lebih ramai lagi yang jadi mangsa khinzir tersebut.

46978385 2190282054337937 1855287513795526656 N

47012225 2190282117671264 8126564262790299648 N

46863356 2190282277671248 1489935193048350720 N

46758254 2190282174337925 7270473256589590528 N
sumber: facebook

 

“Babi tunggal ni bahaya… kalau yang siong lagi panjang lagi bahaya. Dia sondol sampai mati, jenis serang membabi buta” 

Mungkin bagi sesetengah orang, ada yang anggap benda ni remeh. Tapi ada di kalangan netizen beritahu yang sejenis babi tunggal ini tak boleh dibuat main. Ia berbeza dengan babi yang berkumpulan, kalau nampak manusia ia akan lari. Tapi babi tunggal sebaliknya akan sondol manusia sampai meninggal dunia. Nauzubillah! 

Membabi Buta
sumber: facebook 

Apa-apapun admin mendoakan semoga mangsa cepat sembuh dari kecederaan yang dihadapinya. Hati-hatilah dengan haiwan ni kalau duduk di area kampung yang memang terkenal dengan babi tersebut. 

Baca: Penunggang Motosikal Hilang Secara ‘Misteri’ Lepas Nak Bantu Mangsa Kemalangan Tepi Jalan

Hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.