in

Penunggang Motosikal Hilang Secara ‘Misteri’ Lepas Nak Bantu Mangsa Kemalangan Tepi Jalan

Hilang Tanpa Pamitan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekilas baca berita ni, memang terasa sangat misteri! 


Baru-baru ni, berlaku satu kes kemalangan yang melibatkan lori kontena, treler, lori dan kereta kat Lebuhraya NKVE hingga dua mangsa maut pada Jumaat lalu. Namun jadi misterinya bila pihak berkuasa jumpa sebuah motosikal dalam keadaan enjin masih hidup di tempat kejadian.

Menurut Harian Metro, seorang penunggang motosikal, Amir Hamzah Mohd Rozali, 23 hilang sampai ke hari ni sekaligus dikhuatiri mungkin jugak terlibat dalam kemalangan tragis ni.

44098758 10212767041626208 4111565281858420736 N
sumber: facebook

 

Berhenti tepi jalan nak bantu orang tapi lepas beberapa minit hilang

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata penemuan motosikal ni dimaklumkan oleh abang mangsa yang kemudian buat laporan polis.

Menerusi siasatan, Amir yang tunggang Yamaha LC135 warna merah ni berhenti tepi jalan sebab nak bantu mangsa kemalangan bila sebuah treler yang bawa muatan simen terbabas ke tengah jalan dalam pukul 4.40 pagi.

44100789 274984096461747 7555458445646757888 N
sumber: facebook

Tup-tup dia pulak yang hilang beberapa minit kemudian bila sebuah lori kontena rempuh lagi satu lori lain yang kemudian himpit sebuah kereta Honda Civic. Aduh lepas satu, satu accident! 

 

Hanya temui helmet atas jalan

Lebih menyedihkan, dua lelaki yang melihat kejadian tu hanya jumpa serpihan helmet mangsa yang pecah di atas jalan.

44033060 10212763776064571 6683329855469125632 N
sumber: facebook

Abang mangsa yang terima maklumat tentang penemuan motosikal adiknya semalam terus bergegas ke lokasi kejadian dan temui beg pinggang mangsa di bawah jambatan dalam 10.30 pagi ini.

“Bertindak atas penemuan itu, bermula semalam, operasi mencari mangsa yang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kayu Ara dengan bantuan bomba dan unit anjing pengesan giat dijalankan.

“Malah, usaha mencari mangsa juga dibuat di lokasi simen dibuang, namun tidak menemui apa-apa termasuk petunjuk yang boleh dikaitkan dengan kehilangan mangsa,” kata pihak polis.

43951469 10212763776864591 1306136968173715456 N
sumber: facebook
44022873 10212763777944618 2232256389638520832 N
sumber: facebook

Kini pihak polis dan pasukan bomba telah luaskan radius pencarian yang babitkan 13 anggota menggunakan dua anjing pengesan.

 

Ahli keluarga mohon doa mangsa ditemukan

Dalam pada tu, tersebar komen dan status daripada ahli keluarga mangsa yang memohon orang ramai doakan supaya mangsa ditemukan dalam masa yang terdekat ini.

44031543 274983986461758 9102449990004899840 N
sumber: facebook
44099146 274984073128416 647878224415555584 N
sumber: facebook

Sama-samalah kita doakan mangsa ditemui dalam keadaan baik. Amin! 

Baca: “Saya dah pesan jangan pergi” – Bapa Terkilan Anak Hilang Punca 6 Bomba Lemas

Lemas 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.