in

[VIDEO] “Jika saya berdusta Ya Allah laknatlah saya” – Mangsa Bersumpah ‘Diganggu’ Oleh Pendakwah Terkenal

Collage 49

Kes melibatkan pendakwah terkenal melakukan gangguan seksual masih menjadi topik hangat dikalangan netizen.

Sebelum ini, pendakwah bebas Firdaus Wong ada kongsikan video sumpah laknat seorang lelaki mendakwa abang kepada mangsa yang diganggu itu.

Kali ini melalui Instagram, Caprice telah kongsikan semula video dipercayai diambil dari Telegram Firdaus Wong Wai Hung.

“Jika saya berdusta, Ya Allah laknatlah saya”

Wanita yang muka dan suaranya telah dilindungi ini telah membuat sumpah laknat mengaku dia telah diganggu secara seksual oleh pendakwah terkenal tersebut melalui aplikasi WhatsApp.

Saya (nama dirahsiakan) bersumpah dengan nama Allah bahawa (nama pendakwah) memang menunjukkan kepada saya kemaluannya melalui WhatsApp dan dia beronani ketika video call.

“Jika saya berdusta, Ya Allah laknatlah saya. Jika penafian (pendakwah) yang mengatakan semua yang berlaku ini adalah fitnah melampau, adalah dusta, maka laknat Allah atas (pendakwah).”

Pada kapsyen video ini, Caprice turut mengatakan segala isu berkaitan kes ini boleh didapati melalui siaran Telegram oleh Firdaus Wong.

Anak kemurungan dan cuba bunuh diri

Sebelum ini juga, Caprice turut kongsikan video seorang wanita mendakwa dirinya ibu kepada mangsa bersumpah bahawa anaknya telah mengalami kemurungan dan cuba bunuh diri akibat dari gangguan yang diterima dari pendakwah tersebut.

Saya bersumpah (nama dirahsiakan) dengan nama Allah bahawa anak saya (nama dirahsiakan) mengalami kemurungan dan cuba bunuh diri setelah (pendakwah) melakukan perbuatan terkutuk menerusi WhatsApp dan video call terhadap anak saya. Jika saya berdusta, Ya Allah laknatilah saya.”

Di ruangan komen, netizen berbelah bahagi, ada yang percaya dengan tuduhan ini ada juga yang merasakan Caprice tak perlu masuk campur dan tegakkan benang yang basah.

Apa-apa pun kita serahkan je kes ni kepada polis untuk dibuat siasatan dan berharap agar keadilan diberikan kepada pihak yang benar.

 

Baca: “Adik alami kemurungan” – Firdaus Wong Dedah Sumpah Laknat Libatkan Kes Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal

Screenshot 2021 09 27 At 11.59.16 Am