Dua tiga hari ini kecoh di media sosial beberapa isu melibatkan pendakwah terkenal yang didakwa telah melakukan gangguan seksual.
Pun begitu, menurut Kosmo, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini telah mendedahkan sebuah video klip sumpah laknat seorang lelaki berkaitan kes tersebut menerusi saluran Telegram miliknya.
Menerusi rakaman berdurasi 46 saat itu, ia memaparkan seorang lelaki yang disorok identitinya mengakui sebagai abang kepada mangsa serangan seksual membabitkan pendakwah terkenal.
“Setelah perbualan saya bersama mangsa dan ahli keluarganya menerusi Google Meet selama hampir dua jam kelmarin, ahli keluarga mangsa yang sangat ‘supportive’ (kuat menyokong) ini meminta saya kongsikan video sumpah laknat mereka.
“Ini adalah video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mangsa sebagai saksi bagi membuktikan adiknya menerima mesej serta panggilan video lucah berkenaan sehingga mengalami kemurungan, tekanan dan cuba membunuh diri,” katanya.
“Nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu”
Firdaus yang juga Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, akan tiba masanya mereka tampil di khalayak ramai untuk memberitahu hal yang sebenar.
“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutuk sebegitu.
“Antara kata-kata mereka, ‘brother’ kena terus kuat untuk terus memberikan kekuatan kepada kami. Bila kami lihat ‘brother’ kuat, maka kami pun jadi kuat semula.
“Kami kasihan ‘brother’ kena maki hamun setiap hari kerana mahu menegakkan keadilan buat kami. Kami baca komen-komen itu semua terasa macam hendak balas tetapi kami ingat pesan ‘brother’ agar kami bersabar,” katanya lagi.
Apa-apapun kita tunggu siasatan dari pihak polis hingga selesai.
Baca: “Ini satu fitnah yang sangat kejam” – Ebit Lew Selesai Beri Keterangan Polis Isu Gangguan Seksual