in

[VIDEO] Ibu ‘Bantai’ Ustaz Dekat Masjid Guna Kayu Sebab Cabul Anak Perempuannya

Page G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Ibu 'Bantai' Ustaz Dekat Masjid Guna Kayu Sebab Cabul Anak Perempuannya
Loading
/

Ibu mana yang tak mengamuk bila anak perempuan yang dijaga dengan penuh kasih sayang, ‘dirosakkan’ oleh orang lain. Lagi sakit hati bila orang yang terlibat tu ialah orang yang sepatutnya menjaga nama baik agama.


Menurut Cari, seorang ibu dah bantai seorang lelaki sebab cabul anaknya yang baru berusia lapan tahun. Walaupun takde details lain yang dinyatakan, tapi berdasarkan tweet yang dah tersebar, ibu tu pukul lelaki berkenaan dengan kayu di sebuah masjid.

Klk
sumber: twitter

 

Lelaki yang mencabul rupanya seorang ustaz

Basically, apa yang menyakitkan hati sangat-sangat ialah sebab dalam tweet tersebut katanya lelaki tu merupakan seorang ustaz! OMG! Masa tengah pukul ustaz tu sebab mencabul anak perempuannya, ibu tu sempat mengajar anaknya yang tiada apa lebih berharga dari maruah diri dan berkata perempuan perlulah dihormati.

Kk 3
sumber: twitter

Di penghujung video nampaklah lelaki-lelaki yang berada di sekeliling mula menarik ustaz tu dan memukulnya menggunakan tangan dan kemudian dengan kayu. Semasa kejadian, ustaz tu langsung tak melawan tapi cuba melarikan diri sekitar situ juga. Mesti dia dah kecut perut!

 

Orang ramai sokong tindakan berani ibu tu

Tweet ni cepat je dapat sambutan orang ramai yang rata-rata memuji tindakan ibu tu ‘mengajar’ lelaki yang dah cabul kehormatan anak perempuannya serta berani dalam mempertahankan anaknya.

T1 1
sumber: twitter
T2
sumber: twitter
T3
sumber: twitter

Tapi kan dalam ramai puji-puji tu, ada juga seorang individu yang kata semua pun tak tau hal sebenar yang berlaku. Mungkin ustaz tu tak cabul pun budak permpuan tu. Tweet dia terus mendapat perhatian ramai yang bengang kerana bagi mereka seorang kanak-kanak tak akan menipu tentang perkara macam tu.

1 9
sumber: twitter
2 7
sumber: twitter
3 6
sumber: twitter

Wow! Cayalah ibu ni punish ustaz tu. Ibu mana tak geram kan bila anak sendiri kena macam tu. Tak sangka ustaz boleh buat macam tu dekat budak kecik. Please stop guys, hormatlah wanita dan jangan buat benda-benda macam ni. Tak baik tau! Berdosa!

Bukan ke lelaki sepatutnya protect perempuan?

Baca: [VIDEO] Dua Lelaki Dipaksa Bogel dan Berarak Sepanjang Jalan Sebab Rogol Gadis

Seram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.