in

Tak Beritahu Bos Kena Kuarantin, ‘Mat Despatch’ Pakai Gelang Pink Masuk Kerja Macam Biasa Sebelum Kantoi Polis

Feat Pink Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam negara sedang sibuk berperang dengan pandemik Covid-19, masih terdapat segelintir individu yang tidak peka dan masih melanggar arahan kuarantin di rumah lebih-lebih lagi mereka yang berstatus ‘Geng Gelang Pink’.


Ada yang selamba keluar makan di restoran, membeli-belah di shopping mall dan yang terbaru ada pula yang masih lagi datang bekerja walaupun diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.

Lapor Harian Metro, seorang ‘Mat Despatch’ dikatakan telah ditahan polis pada 14 Oktober lepas kerana telah melanggar perintah kuarantin di rumah.

Dia dikatakan telah datang bekerja di pejabat walaupun masih memakai gelang pink!

Tolonglah jangan jadi selfish. 

 

Kantoi pakai gelang pink ketika mencuci tangan

Perkara itu terbongkar apabila pengurus syarikat tempatnya bekerja telah terlihat gelang berwarna merah jambu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pergelangan tangannya ketika mencuci tangan.

Pengurus terbabit telah bertindak untuk terus membuat laporan polis.

Pink 1

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi telah menerima laporan terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

Berdasarkan siasatan, lelaki terbabit telah memakai gelang pink disebabkan seorang jiran di kawasan perumahannya disahkan positif Covid-19 dan sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB).

Dia kemudiannya perlu menjalani arahan kuarantin di rumah selama 14 hari bermula 9 Oktober sehingga 22 Oktober.

 

Tidak beritahu bos perlu kuarantin

Bukan itu sahaja, dia juga tidak memberitahu kepada pengurusnya bahawa dia perlu menjalani tempoh kuarantin tersebut.

Zairulnizam turut menegaskan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan terhadap lelaki itu mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Tak pasal-pasal disabitkan dua akta sekaligus. 

Baca: [VIDEO] Viral Lelaki Pakai Gelang Pink Di Stesen Minyak, Polis Kenal Pasti Individu Baca Pink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.