in

[VIDEO] Dua Pegawai JPJ Sabah Keluar Kereta, Tiba-tiba Pukul Penunggang Motosikal di Tepi Jalan?

Jpj Belasah

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sabah kini sedang menyiasat tentang video berdurasi 45 saat yang tular melalui Whatsapp menunjukkan penunggang motosikal dipukul pegawai mereka.

Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku pagi tadi dan dua individu tersebut dilihat keluar dari kenderaan JPJ sebelum berlari menuju ke arah penunggang motosikal yang berada berhampiran rumput di tepi jalan.

K1
sumber: harian metro

Salah seorang daripada mereka kemudian terus memukul penunggang terbabit menyebabkannya jatuh terduduk dalam kejadian jam 10.30 pagi di Jalan Sandakan-Lahad Datu itu.

Menurut sumber, pasukan JPJ seramai 8 anggota telah melakukan sekatan jalan raya dan dua daripadanya melakukan tugasan rondaan menggunakan Toyota Fortuner itu untuk memeriksa dan mengawal lalu lintas terhadap kenderaan yang berhenti sebelum sekatan.

Katanya, mereka kemudian mengesan penunggang motosikal Modenas Dinamik yang berusia dalam lingkungan 20an dan cuba berhenti sebelum sekatan tersebut.

K2
sumber: harian metro

Timbalan Pengarah JPJ Sabah Datuk Abdul Rahman Zakaria berkata,

Pegawai JPJ itu kemudiannya mengarahkan penunggang terbabit ke kawasan sekatan untuk pemeriksaan lanjut.”

Penunggang berkenaan kemudiannya berpatah balik dipercayai untuk melarikan diri dan cuba merempuh dua pegawai JPJ yang sedang mengawal lalu lintas.”

Namun, tindakan penunggang itu gagal apabila tayar motosikalnya bergesel dengan bahagian depan Toyota Fortuner tersebut sebelum terbabas ke dalam parit di tepi jalan.

Tindakan penunggang berkenaan yang enggan berhenti dan bertindak agresif untuk melepaskan diri membuatkan dua pegawai JPJ berkenaan cuba sebaik mungkin untuk menghentikan dengan melompat ke arah motosikal seperti tular dalam video berkenaan.”

Kami akan memaklumkan mengenai hasil siasatan selepas ini.”

Tonton video di bawah:

Baca: “Nak jadi polis ke penagih?” – 14 Pegawai Ponteng Kerja, ‘Enjoy’ Parti Ketum Dekat Shah Alam

Polis Parti Ketum