in

‘Trending’ Nombor 1 Di Twitter, Hubungan Neelofa Dan PU Riz Ada Masalah?

Neelofa Pu Riz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul ke hubungan antara PU Riz dan Neelofa bermasalah?


Pada malam Sabtu 26 Disember, netizen di laman sosial Twitter hangat membincangkan isu ini.

Spekulasi terbabit bertambah rancak selepas beberapa pengguna laman sosial berkongsi screenshot yang diperoleh daripada laman Instagram milik adik-beradik Neelofa.

Lmk 3

Lmk 2

Lmk 1

Tinjauan juga mendapati, ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed sudah memadam foto-foto semasa majlis merisik PU Riz dan Neelofa. Beliau juga dikatakan sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram PU Riz.

Selain itu, adik-beradik Neelofa juga difahamkan telah unfollow personaliti pendakwah Pencetus Ummah terbabit.

Sehingga awal pagi ini, nama Neelofa dan PU Riz masih lagi trending nombor 1 di laman sosial Twitter.

Terdahulu, bekas pencara MeleTOP, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 31, dan Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz), 25, mengikat tali pertunangan awal November lalu.

Capture 4 E1609034398722

Pasangan itu sebelum ini dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun hadapan.

Kita doakan yang baik-baik saja untuk semua.

Sumber: mStar

Baca: Neelofa Akhirnya Dirisik PU Riz, Bakal Jadi Wedding Of The Year?

Cats 4 E1609033473909

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.