Berkelah memang seronok, dapat menikmati alam semulajadi dan dalam masa yang sama boleh meredakan minda. Namun, risiko yang bakal dihadapi agak besar, tidak kiralah di sungai atau di tepi pantai.
Selain daripada kepala air, aliran air sungai yang begitu deras juga boleh menghanyutkan kita jika tidak berwaspada, perkara itu telah dilalui oleh satu keluarga ini, mujurlah individu yang tidak sengaja terakam kejadian tersebut ada dapat menyelamatkannya.
Air sungai deras
Pada waktu @rosee0123 baru sampai, dia begitu teruja melihat keluarga ini riuh bermain pelampung dekat sungai. Tapi rupa-rupanya mereka itu dibawa oleh aliran sungai, mujurlah dia bersama kumpulannya ada di kawasan itu untuk sambut mereka. Hampir hanyut.
@ticermeow Hati2 bawa anak mndi air deras #fypシ #tiktokmalaysia
Bagaimanapun semuanya dapat diselamatkan, kejadian ini dikatakan berlaku pada bulan Oktober lepas di Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu.
Melihat si ibu dan anak menjerit, ia telah membuatkan individu ini risau dan terus bantu selamatkan keluarga ini dengan tarik pelampung itu ke tepi, ada juga beberapa individu lain yang turut membantu mereka.
Bagaimanapun kejadian itu tidak sempat dirakamkan, jika difikir semula memang tidak logik untuk melakukan perkara tersebut semasa dalam keadaan cemas.
@ticermeow Reply to @kimikochan_94 ni je ada. Sy campak fon terus tlong akak tu tarik pelampung ke tepi #fypシ #tiktokmalaysia
Menjengah ke ruangan komen, biarpun ramai memuji dengan keprihatinan wanita ini, ramai juga yang bimbang apabila melihat situasi tersebut.
Nasib baik korang ada – Netizen
Kebelakangan ini pun memang musim hujan, harap kalau ada yang merancang untuk ke kawasan sungai tu mohon hati-hati lah. Seeloknya tangguhkan dulu.