in

“Bapa diselamatkan orang kampung tapi anak…” – Air Sungai Naik Mendadak, Dua Beradik Hanyut Bersama Kenderaan di Keningau

Arus Deras

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mencemaskan! Dua beradik dikhuatiri hilang selepas sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki bersama bapa mereka telah dihanyutkan arus deras ketika keluarga ini melintasi Sungai Liawan, di Kampung Dangulad, Keningau, Sabah malam tadi. 


Menurut Sinar Harian, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dan abangnya berusia 6 tahun dipercayai hilang dibawa arus deras, manakala bapa mereka pula, Lim Wang Sing, 38 berjaya diselamatkan penduduk Kampung Dangulad.

878831

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau, Mudi Pengiran berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 12.08 tengah malam. Ketika kejadian, tiga beranak itu katanya sedang dalam perjalanan dari rumah saudara di Kampung Dangulad ke Ansip.

Laluan itu dinaiki air sungai dan ketika melintasinya secara tiba-tiba kenderaan jenis Toyota Vigo yang dinaiki mangsa terbalik dan dibawa arus.

“Akibat kejadian itu, tiga beranak itu dihanyutkan arus sungai, namun bapanya sempat diselamatkan penduduk kampung,” jelasnya.

878832

Tambahnya lagi, operasi SAR mangsa dilakukan pukul 1 pagi namun dihentikan sebelum bersambung jam 8 pagi tadi.

Sehingga setakat ini, pencarian kedua-dua kanak-kanak itu dilakukan di sekitar permukaan air. Operasi ini telah melibatkan seramai 23 anggota dari BBP Keningau dan anggota bantuan dari Sook.

878817

“Selain bomba, SAR turut melibatkan Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.

Aduhai… mintak-mintak jumpalah budak-budak tu. Semoga keluarga mangsa tabah. 

Baca: Insiden Tanah Runtuh Dekat Hotel Mewah di Tambun, Dua Individu Dikhuatiri Tertimbus

Tanah Runtuh

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.