Zaman sekarang ni, kita perlu lebih peka dan berhati-hati di semua tempat termasuklah di rumah kita sendiri. Ini kerana golongan yang berniat jahat sudah semakin bijak memperdaya orang awam untuk kepentingan mereka sendiri.
Baru-baru ini, tular di laman Twitter sebuah video rakaman CCTV melihatkan aksi tiga orang perompak menjerat pemilik rumah tersebut untuk keluar berseorangan.
Hati-hati guys kalau tiba-tiba tengah malam ada bunyi air paip mengalir di luar rumah.
Ini adalah taktik perompak untuk masuk merompak rumah. pic.twitter.com/a4ms9XBb2q
— @Tok_Tek (@Tok_Tek) November 4, 2021
Melalui perkongsian dari akaun @Tok_Tek itu, dua daripada tiga orang lelaki itu dilihat berjalan secara berhati-hati menuju ke sebuah ruang yang tersorok. Manakala seorang lagi menyorok di sebalik tong biru berhampiran pintu rumah.
Lelaki yang memegang batang paip dilihat mengintai di sekeliling rumah terlebih dahulu, mungkin untuk memastikan keadaan betul-betul lancar sebelum meneruskan rancangan mereka.
Kemudian, giliran lelaki bertopi pula bertindak membuka paip bagi mendapatkan perhatian tuan rumah untuk keluar.
Apabila tuan rumah keluar untuk menutup paip yang telah dibuka, ketiga-tiga orang perompak itu muncul dari posisi masing-masing dan bertindak memukul lelaki malang itu hingga tidak berdaya untuk bangun semula. Mereka bertiga kemudiannya masuk ke dalam rumah tersebut.
Video itu dikatakan sebuah adaptasi dari kisah sebenar dan dilakonkan semula dalam bentuk rakaman CCTV untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai.
Ini kerana kaedah yang digunakan oleh perompak tersebut agak ‘luar kotak’. Siapa saja boleh jangka kita akan diserang ketika tutup paip di laman rumah? Jika kita berada dalam situasi yang sama tanpa sebarang pendedahan awal, mungkin kita akan menjadi mangsa seterusnya.
Rata-rata netizen di ruangan komen pertama kali melihat ‘trick’ ini, menjadikan mereka lebih peka di masa depan.
Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dengan situasi dalam video tersebut.
Macam-macam cara orang nak buat jahat sekarang ni, kan? Min harap korang pun lebih berhati-hati lepas ni, okay?
Sumber: Twitter