in

Hati-hati! Banduan Thailand Tunjuk Cara Bagaimana Perompak Pecah Masuk & Rosakkan Kunci Mangga Rumah!

Huhu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tak terfikir macam mana kaedah perompak pecah masuk rumah orang? Padahal tuan rumah tu dah siap kunci pagar rumah gunakan mangga. Apa lagi yang tak cukup?


Melalui video yang dikongsi di Twitter @My_CrimeWatch, seorang banduan telah menunjukkan bagaimana sebenarnya cara yang digunakan oleh perompak untuk rosakkan kunci mangga.

Banduan lelaki dari Thailand itu hanya memerlukan seutas tali pinggang untuk dililit pada mangga di hadapan sel penjara. Selepas kunci mangga itu selesai dililit, banduan itu memanjat pagar sel penjara dan memijak tali pinggang tersebut hingga kunci mangga berjaya dibuka.

Video berdurasi seminit 17 saat itu melihatkan aksi banduan lelaki itu dengan pemantauan dari beberapa orang polis. Cara yang digunakan banduan itu agak mengejutkan kerana dia tidak memerlukan masa panjang untuk dia membuka kunci tersebut.

Setelah mengetahui kaedah perompak ini tidaklah rumit, orang ramai dinasihatkan untuk memastikan bahawa kunci mangga yang digunakan pada rumah masing-masing mestilah berkualiti tinggi dan tidak mudah rosak.

Namun ada komen berpendapat bahawa kunci mangga bukan bertujuan untuk menghalang perompak, tetapi sekadar untuk melambatkan proses mereka.

S 3

Ada juga yang berseloroh untuk tidak memaparkan video ini kepada perompak.

A 2 F 1 D 2

Bukan itu saja, ada juga pengguna Twitter yang mencadangkan jenis mangga yang patut dipakai oleh orang ramai.

G 1

Macam-macam cara nak buat jenayah sekarang. Harap kita semua lebih peka lah, ya?

BACA: Hebat! Lelaki Tenang Makan Sambung Makan Kepak Ayam, Walaupun Perompak Acu Pistol Depan Muka

L

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.