in

[Video] “Ada vakum ke bawah tu?” – Gila! Wanita Curi Barang Dengan Cara ‘Sedut’ Masuk Celah Kelangkang

F Celah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[Video] "Ada vakum ke bawah tu?" - Gila! Wanita Curi Barang Dengan Cara 'Sedut' Masuk Celah Kelangkang
Loading
/

Memang tak masuk akal! Admin dah tengok video ni berkali-kali dan sekarang admin nak korang pulak tengok sama ada benda ini betul-betul jadi ataupun tak.


Menerusi perkongsian satu video di Facebook tak lama dulu, ia menunjukkan dua individu (tak sure sama ada pasangan suami isteri atau tak) sedang berlegar-legar dalam kedai barangan elektronik.

Curi
sumber: facebook

 

Angkat kain terus masuk barang celah kelangkang! 

Tak lama lepas itu, si lelaki yang bertopi kelabu angkat satu kotak (tak pasti apa barangnya) ke tepi salah satu mesin basuh yang dijual kat kedai tu. Suspek perempuan yang bertudung dan berjubah labuh tu nampak macam tengah bincang sesuatu dengan lelaki tersebut sebelum dia buat sesuatu yang mengejutkan.

Perempuan tersebut tiba-tiba saja angkat kain jubahnya dan bawa kotak tadi masuk ke dalam celah kelangkangnya. Macam tak ada apa-apa berlaku, dia relax je lepas tu jalan keluar dari kedai. Whatt?? Macam tak percaya, kan? 

“Gilalah, dia main sedut macam tu je. Ada vakum ke bawah tu… hahaha,” tulis kapsyen di video tersebut.

 

“Kalau macam ni punya gayalah. Aku rasa laki dia sekali dia sedut bawah tu hilang terus!” 

Daripada mengecam tindakan pencuri wanita tersebut, netizen nampaknya lebih suka buat troll sebab macam tak percaya dengan ‘modus operandi’ yang digunakan suspek. Macam mana dia bawa barang tu kat celah kelangkangnya eh? Tak berat ke?

Sedut
sumber: facebook

 

“Buat malu kaum Melayu dan agama Islam. Nama aje pakai tudung dan baju jubah tapi perangai macam beruk” 

Pun begitu, ramai jugak yang ‘panas’ dengan penampilan suspek siap pakai tudung dan jubah tapi sanggup buat perbuatan terkutuk ni.

Tutup Kepala
sumber: facebook

 Apa-apapun admin harap si pelakunya ini sudah ditangkap dan dijatuhkan hukuman. Janganlah cuba mencuri dengan apa cara sekalipun. Kalau tak ada CCTV kat kedai tu, CCTV Allah tu ada dan lagi power.

Baca: [VIDEO] Nak Kawin Baru Punya Pasal, ‘Ustaz’ Sanggup Mencuri

Page 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.