in

[VIDEO] Nak Kawin Baru Punya Pasal, ‘Ustaz’ Sanggup Mencuri

Page 4 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
[VIDEO] Nak Kawin Baru Punya Pasal, 'Ustaz' Sanggup Mencuri
Loading
/

Sekarang ni macam-macam sebab orang nak mencuri. Tapi tak sangka pulak sebab macam ni pun nak mencuri kan. Parah sangat dah ni.


So, baru-baru ni seorang netizen telah berkongsi di Facebook dan mendedahkan tindakan seorang hamba Allah yang mencuri di kedai emas miliknya. Katanya,

“Assalamualaikum.. Mohon viralkan orang ni sehingga saya selesai urusan dengannya.. Dia telah melarikan barang emas di kedai saya dengan jumlah yang banyak.”

Yang menyedihkan, pencuri tersebut menggunakan imej sebagai seorang ‘ustaz’ dan mengaku kononnya mnempunyai kelulusan dari Yaman. Kata mangsa itu lagi, ustaz itu berasal dari Shah Alam dan kini tinggal di Taman Bukit Mentakab, Pahang. Motif orang tu mencuri akan buat korang marah.

J1
sumber: facebook

“Motif dia mencuri untuk kahwin baru… Mungkin jugak berpakat dengan perempuan tu sebab sama-sama melarikan diri selepas hari kejadian.”

Takkan nak kawin guna duit curi kot. Buat malu je lah…

Kes ini juga mungkin telah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa sebab menurut mangsa, pencuri tersebut kini masih bebas dengan ikat jamin. Tidak berpuas hati, mangsa berkata akan mengekalkan post mengenai ustaz terbabit selagi dia tidak memulangkan semula wangnya.

J2
sumber: facebook

“Selagi saya tak dapat duit saya, post ini tidak akan dipadam. Mohon semua share sampai dia datang bayar balik jumlah tu.”

Selain itu, mangsa turut memberi amaran dan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan lelaki tersebut kerana takut kejadian yang sama berulang lagi di kemudian hari. Perbuatan lelaki tersebut turut dapat dirakam dalam kamera litar tertutup (CCTV) di kedai tersebut.

Orang ramai yang baca entrinya kecam tindakan lelaki tersebut mencuri kerana sebab begitu dan berharap tindakan akan dikenakan ke atasnya.

Cats 2
sumber: facebook

Kalau takde duit, tak payahlah kawin baru…

Baca: Nak Bergaya Masa Raya Tapi Mencuri

Ik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.