in

“Kami masih di sini” – Vivy Yusof Buka Mulut Selepas Terpalit Isu Panas Penutupan FashionValet

Vivvy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hangat diperkatakan di media sosial beberapa hari lalu mengenai penutupan operasi laman e-dagang fesyen terkemuka, FashionValet (FV).


Pengumuman penutupun FashionValet beberapa hari lalu

Perkara itu telah diumumkan pada awalnya di laman web rasmi FV dimana hantaran tersebut menyatakan tentang penutupan FashionValet tersebut.

Turut dinyatakan bahawa FV bakal memperkenalkan pengalaman beli-belah secara atas talian baru yang lebih canggih dengan pelbagai ganjaran menarik.

Vivy Yusof Fashion Valet Tutup 1024X501.Jpg

Vivy Yusof tampil menjawab isu penutupan

Untuk mengelakkan banyak spekulasi berlaku, akhirnya Vivy Yusof membuat keputusan untuk menjawab segala persoalan netizen mengenai penutupan laman e-dagang tersebut.

Vivy menegaskan bahawa dia ingin memberikan tumpuan penuh kepada jenama utamanya iaitu dUck dan LILIT dan ingin mengubah strategi perniagaan dan pemasaran agar dua jenama tersebut dapat dibaikpulih dan ditingkatkan kualiti bahan dan produktiviti pengeluaran.

“Keputusan ini telah diambil sejak tahun 2019 lagi.”

Trend perniagaan kini tidak bergantung kepada pihak ketiga

Melihat juga kepada trend perniagaan yang mula menjual produk mereka sendiri tanpa bergantung kepada pihak ketiga. Trend ini juga menyebabkan banyak jenama tempatan yang bekerjasama dengan FV telah mengecilkan perniagaannya.

Ia bermula apabila sejak pandemik melanda dunia pada awal tahun 2020.

Vivy juga turut menjelaskan bahawa suntikan dana daripada pelabur adalah termasuk kepada kesuluruhan pemilikan syarikat iaitu jenama dUck dan LILIT itu sendiri tidak tertumpu hanya kepada laman e-dagang.

“Kami masih di sini.”

Tidak berhenti di situ saja, baru-baru ini laman instagram FV telah memuatnaik satu hantaran yang memaklumkan jenama e-dagang tersebut masih lagi beroperasi dan boleh digunakan seperti biasa.

Hantaran itu juga telah memaklumkan tawaran sehingga 20% dengan penggunaan kod “ASYIKTRENDINGJE”.

Baca: Fashion Valet Hentikan Operasi, Nak Fokus Pada Jenama dUck & LILIT?

Screenshot 2022 07 28 At 10.24.46 Am

 

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.