in

Usahawan Viral Tak Suka Solat Ditahan Polis Kes Pukul Anak Sebab Tak Puas Hati Status WhatsApp

Collage 44

Usahawan kosmetik yang pernah tular sebelum ini selepas membuat video mengaku tak suka menunaikan solat telah ditahan polis petang kerana dipercayai memukul anaknya.

Menurut Kosmo, kejadian tersebut berlaku petang semalam di rumah mereka di Kampung Pauh, Pasir Mas, Kelantan. Dikatakan, anak usahawan yang berusia 16 tahun itu turut dipukul bapa tirinya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir mengatakan insiden tersebut telah menyebabkan remaja itu mengalami luka dan bengkak pada bahagian kepala selepas ditampar bapa tirinya.

Diheret sebelum ditampar beberapa kali

Persenda Islam Tak Solat Kota Bharu

Berdasarkan siasatan awal, sebelum insiden ini berlaku, mangsa telah dipanggil ibunya lepas tak puas hati dengan status WhatsApp yang dimuat naik anaknya.

Apabila mangsa keluar dari bilik, ibunya telah memarahi remaja itu dan dia telah diheret oleh bapa tirinya sebelum pipinya ditampar beberapa kali.

Selepas itu, wanita berkenaan telah bertindak memukul kepala anaknya menggunakan tangan. Ibu remaja itu kemudian telah cuba memukul mangsa dengan kayu hoki, namun dia sempat melarikan diri.

“Siasatan awal mendapati, kejadian itu berpunca daripada status yang dimuat naik mangsa mengenai ibunya yang mengungkit mengenai soal harta selain turut memarahi remaja berkenaan kerana tidak bekerja.”

Tambah Mohd Nasaruddin lagi, siasatan mendapati status yang dimuat naik oleh remaja itu telah pun dipadamkan dan tiada sebarang ugutan jenayah dibuat oleh ibu dan bapa tirinya semasa kejadian.

Hasil pemeriksaan terhadap mangsa yang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu mendapati dia mengalami bengkak pada bahagian kiri kepala, luka pada bahagian dalam pipi dan lebam pada beberapa anggota badan.

“Siasatan mendapati, mangsa yang sudah berkahwin tinggal bersama ibu, bapa tiri dan suaminya di rumah tersebut.”

Kedua-dua suspek ini telah pun ditahan pada pukul 9 malam semalam bagi membantu siasatan dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Allah, nasib baik anak dia sempat lari, kalau tak entah apa jadi…

 

Baca: “Walaupun masih kecil, tetap ada maruah” – Doktor Tegur Parents Yang Suka Pukul Anak Depan Orang Ramai

Screenshot 2021 06 16 At 3.09.17 Pm