“Urusan pengebumian perlu disegerakan” – Lelaki Dikecam Netizen Gara-Gara Pertikai Kelajuan Van Jenazah

Tambah ke Sumber Pilihan
“Urusan pengebumian perlu disegerakan” – Lelaki Dikecam Netizen Gara-Gara Pertikai Kelajuan Van Jenazah

Setiap yang bernyawa, pasti akan mengalami mati dan menurut perkongsian oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, adalah disunatkan untuk disegarakan solat jenazah dan membawanya ke perkuburan untuk tujuan pengebumian.

Tambahnya lagi, sekiranya kematian tersebut tidak berlaku secara mengejut, maka digalakkan atau sunat untuk menyegerakan pengurusan jenazah.


Bagaimanapun, tular satu hantaran seorang individu yang meluahkan rasa kurang senang dengan cara sebuah van jenazah yang dipercayai sedang dalam perjalanan ke tanah perkuburan dipandu dengan laju ketika jalan sedang sibuk.

Cats 6Sumber: TikTok

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok berkenaan, lelaki itu dengan selamba menggunakan kapsyen yang mengatakan pemandu van jenazah tersebut sepatutnya tidak perlu kelam-kabut untuk ke destinasi kerana arwah sudah tiada.

“Kalut nak pegi mana. Bawak elok-elok. Yang dah pergi tu dah tiada apa nak kalut lagi”

@omaryothmanKalut nak pi mana. Bawa elok2. Yang dah pergi tu dah tiada apa yang kalut lagi.♬ menjagamu – MusiX

Hantaran tersebut ternyata meraih perhatian netizen yang mana rata-rata tidak bersetuju dengan kenyataan lelaki berkenaan selain ada juga yang mengatakan bahawa adalah menjadi keperluan buat kita untuk memberi laluan kepada van jenazah kerana itu sebahagian daripada ‘memudahkan urusan’ si mati.

Artikel berkaitan : “Terus insaf” – Jemput Member Guna Van Jenazah, Serba Salah Duduk Sebelah Keranda

Artikel berkaitan : “Besar pahala” – Ramai Puji Pemandu Van Jenazah, Tolong Uncle Cina Tukar Tayar Kereta

Dalam masa yang sama, tak kurang juga yang berseloroh dengan memberi respons menyatakan apabila dia meninggal nanti, bolehlah pemandu melakukan perkara lain dahulu.

Cats 7

Menerusi ruangan komen juga ramai yang tampil menasihatinya bahawa urusan pengebumian perlu diuruskan dengan segera seperti yang dituntut oleh agama Islam.

Sumber : TikTok

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Aryl Je
Lagi tulisan Aryl
Kononnya traveller tegar yang suka tangkap gambar, penyokong bola sepak tempatan. Bercita - cita nak tawan Gunung Kinabalu sebelum pusing satu Asia Tenggara.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Urusan pengebumian perlu disegerakan” – Lelaki Dikecam Netizen Gara-Gara Pertikai Kelajuan Van Jenazah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/urusan-pengebumian-perlu-disegerakan-lelaki-dikecam-netizen-gara-gara-pertikai-kelajuan-van-jenazah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM