in

Uqasha Senrose & Kamal Adli Selamat Timang Anak Sulung

Uqasha Senrose

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Uqasha Senrose tengah hari tadi telah berkongsikan berita gembira buat peminat-peminatnya kerana dia telah selamat melahirnkan anak sulungnya iaitu seorang bayi perempuan dengan berat 2.72 kilogram pada 27 April 2024.


Uqasha menerusi Instagram memuat naik gambarnya bersama bayinya sedang berada di hospital beserta kapsyen, ‘Alhamdulillah selamat melahirkan my little princess subuh tadi’.

9 2 1

Artikel Berkaitan: “Tak perlu kot mulut tu memandai” – Uqasha Senrose Jawab Tuduhan Bergambar Terlalu Rapat Dengan UAI

Menerusi perkongsian di Instagram Uqasha juga, difahamkan bayi perempuan sulungnya itu telah diberi nama Uqaira.

Welcome to the world sayangku, I love you so much Uqaira sayang,” tulis Uqasha Senrose.

Rata-rata warganet juga membanjiri ruangan komen di Instagram Uqasha untuk mengucapkan tahniah kepada Uqasha dan Kamal Adli kerana telah menimang cahaya mata pertama mereka.

Sumber: Instagram Uqasha Senrose

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.