in

Upload IG Story Moreh Burger, Netizen Tuntut Pencerahan Neelofa

Lofa11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tadi,  keputusan telah ditetapkan bahawa pengacara terkenal Neelofa telah dikenakan kompaun sebanyak RM 60K secara keseluruhannya atas kesalahan melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM 20K, suaminya Haris Ismail dikompaun sebanyak RM10K manakala 20 orang lagi  ahli keluarganya dikenakan RM1,500 setiap seorang.

 

“Moreh burger malam ni meh”

Neelofa menerusi laman Twitter meluahkan bahawa dia terima dengan hati terbuka. Namun begitu, ada perkara yang kurang enak dilihat apabila netizen ‘terhidu’ sesuatu dengan perkongsian IG Story terbarunya.

Boleh dikatakan, ia baru sahaja dimuat naik sepanjang artikel ini ditulis, dalam IG Story itu, Neelofa tunjuk gambar burger untuk moreh malam nanti.

Image From Ios 1 1

Difahamkan IG Story ini dimuat naik tidak lama selepas tweet Neelofa yang membuat kenyataan kompaun tu.

Disebabkan itu, ramai yang mula terhidu sesuatu, bagi netizen ia seakan-akan ditujukan kepada kes yang terjadi baru-baru ini.

Ia telah menyebabkan netizen jadi marah dan ada yang tuntut pencerahan Neelofa.

 

Motif Neelofa apa? – Netizen

Lofa7 Lofa6 Lofa5 Lofa4 1 Lofa3 Lofa2 1 Lofa 4

 

Namun begitu, ada netizen menyifatkan bahawa ianya sebenarnya tak ada apa-apa yang cuba disampaikan dan sama sekali bukan tujuan menyindir individu tersebut.

Lofa9 Lofa8 Lofa7 1 Lofa6 1

Selagi tak disebut nama tu, kita husnuzon lah, mungkin dia tengah craving tu. Biasalah puasa kan?

 

Baca : “Saya menerima dengan hati terbuka” – Neelofa Mohon Maaf, Anggap Insiden Dikompaun Sebagai Pengajaran

Lofa10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.