in

“Saya menerima dengan hati terbuka” – Neelofa Mohon Maaf, Anggap Insiden Dikompaun Sebagai Pengajaran

Lofa Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail telah dikenakan kompaun oleh pihak polis.



Menurut laporan, Neelofa sendiri telah dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 atas dua kesalahan yang dilakukannya, manakala suaminya pula, Haris Ismail dikenakan kompaun sebanyak RM10,000.

Bagi ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang, mereka masing-masing turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 yang membawa total kepada RM30,000.

Jadi keseluruhan bagi kompaun yang dikenakan pihak polis terhadap Neelofa sekeluarga berjumlah RM60,000. Banyak juga tu… 

 

Neelofa terima kompaun dari polis dengan hati terbuka 

Susulan berita tersebut, Neelofa memberi respon balas di Twitter dengan menyatakan beliau sudah maklum akan kompaun yang dikenakan pihak berkuasa terhadap dirinya dan suami.

Neelofa juga pada masa yang sama memberitahu yang dia menerimanya dengan hati terbuka dan menjadikan kompaun tersebut sebagai satu pengajaran untuk menitikberatkan soal kepentingan SOP.

Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris. 

“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen bersyukur kes ini akhirnya selesai dan berharap Neelofa belajar daripada kesilapan yang dilakukannya.

Baca: TERKINI: Langgar SOP Majlis Kahwin & Rentas Negeri, Neelofa Dikompaun RM20,000

Ft Lofakompaun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.