in

“Sekian lama tak merasa” – Neelofa Umum Bakal ‘Comeback’ Susu Pisang Nilofa, Netizen Dah Excited!

Syaz Ft 2026 07 02T125228.021

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat setia jenama minuman tempatan, pastinya anda masih ingat dengan penangan luar biasa minuman susu pisang yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu. Selepas sekian lama peminat merindui produk ikonik ini, usahawan selebriti terkenal, Neelofa, akhirnya membawa khabar gembira yang dinanti-nantikan ramai.

Melalui satu hantaran terbaharu di akaun Instagram rasminya, Neelofa mengumumkan bahawa jenama Nilofa bakal membuat kemunculan semula secara rasmi tidak lama lagi.


Pendaftaran ‘Official Business Partner’ Dibuka 72 Jam Sahaja

Bukan sekadar kemunculan biasa, comeback kali ini turut membuka peluang keemasan buat mereka yang ingin menjana pendapatan dan menjadi sebahagian daripada keluarga besar Nilofa HQ.

Artikel berkaitan: “Boleh katakan, sekadar for fun” – Neelofa Terima Review Jujur Nasi Ayam Ibu, Perjelas Resepi Sejak Dahulu

Artikel berkaitan: “Jual jelah, tapi jangan kaitkan dengan kesihatan” – Netizen Dedah Produk Terbaru Susu Pisang Neelofa ‘Overclaim’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Menurut perkongsian tersebut, pendaftaran bagi Program Rakan Perniagaan Rasmi Nilofa (Official Nilofa Business Partner Programme) akan mula dibuka secara rasmi bagi melatih usahawan baharu. Bagaimanapun, peluang ini sangat terhad kerana tempoh pendaftaran yang diberikan adalah sangat singkat.

“Esok, kami membuka pendaftaran secara rasmi untuk Program Rakan Perniagaan Rasmi Nilofa kami. Jam 10:00 PAGI. Pendaftaran hanya dibuka selama 72 jam sahaja,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Neelofa turut mempelawa orang ramai yang berminat untuk menyertai perjalanan perniagaan ini agar segera menghantar butiran peribadi sebaik sahaja pautan pendaftaran di laman web rasmi mereka diaktifkan.

Netizen Dah Mula Tak Sabar

Pengumuman itu nyata mendapat reaksi luar biasa daripada warga maya dan peminat tegar susu pisang berkenaan. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk kembali merasai minuman kegemaran mereka, selain ada yang sudah bersiap sedia untuk mendaftar sebagai ejen dan stokis sah.

Cats 3

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.