Upload Gambar Dengan Ayah, Sajat Kena Bahan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Nur Sajat ni of course lah bila-bila masa dan di mana jua for sure selalu menjadi bahan kutukan orang ramai. Ye lah semua pun tak senang dengan usahawan berkenaan yang dikatakan mengubah jantinanya.

Baru-baru ni, walaupun dalam musim raya, ada yang mengutuk dan perli Nur Sajat atau lebih dikenali sebagai Sajat selepas dia memuat naik gambar dengan ayahnya. Eh? Salah ke ambil gambar dengan ayah sendiri?

Sumber: Instagram

Gambar mereka berdua dah dimuat naik di Instagram bersempena Hari Bapa yang baru je berlalu dengan caption yang berbunyi,

My king. Ayah ku… Ramai yang kata wajah Sajat ikut ayah.. Biasanya kalau ikut wajah ayah, mesti cun kan.”

Seperti biasalah apa sahaja gambar yang dimuat naik Sajat pastinya akan mengundang komen negatif dan menjadikan dia bahan kutukan dan cacian pula.

“Yelahh.. Anak lelaki biasa ikut ayah”

“Memanglah ikut ayah, dah kau jantan”

“Adik lelaki saya pun ikut muka ayah. Normal lah tu Abang Jat.”

Akibat daripada menerima banyak kutukan orang ramai, Sajat sempat mencuri masa untuk memberikan respon kepada meraka yang meninggalkan komen.

Sumber: Cari

Ye lah siapa tak sakit hati kan? Walau bagaimanapun ada juga yang meninggalkan komen baik dan menasihati orang ramai supaya menjaga kata-kata mereka.

“Kita ni nak sibuk hal dia kenapa. Kita takde hak terhadap dia. Hanya dia dengan Allah sahaja. Kita ni manusia tak perfect. Moga korang semua terampun dosa memfitnah sesama manusia.”

Kesian bila tengokkan Sajat yang seringkali menjadi bahan. Memang betul kita kena sentiasa ingat mengingatkan antara satu sama lain tapi perkataan yang digunakan kenalah jaga.

Kesian ayah Sajat kena bahan jugak.

Baca: “Aku kesian tengok hidup kau Sajat” – Sajat Teruk Dikecam Kerana ‘Buang’ Duit, Namun…

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.