Sebut lah nama sis Sajat dekat sesiapa pun, confirm-confirm semua kenal. Kalau ada yang tak kenal tu pun sebab dorang samar-samar antara bro Sajat ke sis Sajat. LEL! Nama Sajat ini memang famous betul dekat mulut-mulut makcik bawang. Apa je yang dia buat, mesti dapat perhatian ramai, sampaikan bukan salah dia pun, tak pasal-pasal dia yang kena. Kaaannn!
Macam semalam, tular satu video yang dimuat naik sendiri oleh Sajat, di mana video berdurasi 24 saat tu tunjukkan hampir ratusan masyarakat yang berdiri sambil pegang beg masing-masing just sebab nak kutip duit yang sedang terbang.
Sesiapa yang ada follow Sajat kat Instagram tu mesti tahu yang dia ada pergi ke Pusat Konvesyen Borneo Kuching, Sarawak, baru-baru ini untuk join sekali event yang diadakan oleh Mood Republik. Banyak gambar dan video yang dia share sekali untuk dikongsikan bersama.
Namun apa yang kecohkan keadaan apabila ramai yang salah faham dengan video ‘duit terbang’ tu. Dek kerana video itu lah, Sajat teruk dikecam dengan bangsa bawang ini. Dorang cakap yang Sajat menunjuk yang dia itu banyak sangat duit, sampai pergi buat macam tu. And yang duduk kat bawah dok kutip duit tu pun kena kecam sebab dikatakan macam tak ada maruah.
Tapi menurut Hmetro, sebenarnya duit itu bukanlah duit Sajat. Dia buat video itu sebab nak bagi keadaan kat situ lagi meriah dan havoc. Kata Sajat, dia langsung tak keluarkan duit dia untuk event yang ada kat situ.
“Saya hanya meriahkan program hujan duit yang menjadi salah satu strategi pemasaran pihak penganjur untuk menarik pengunjung ke festival berkenaan”
Difahamkan Mood Republik keluarkan sebanyak RM10,000 untuk diberikan kepada pengunjung terawal. Perghhhh banyak gilooo! Sajat turut meminta maaf kalau video yang dia share itu ada buat mana-mana pihak terasa.
“Saya tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kekayaan sepeti yang dilaporkan netizen, dan saya memohon maaf sekiranya tindakan itu buat rakyat Sarawak terasa”
Difahamkan Mood Republik sering gunakan taktik hujan duit dekat setiap negeri yang dorang kunjungi untuk dapatkan ramai pengunjung yang hadir dekat event dorang.
Haa siapa yang dok kutuk Sajat tuu? Pergi minta maaf cepat :p