in

UNIK! Pertandingan Tilawah Di Bigo, Tempat Pertama Bakal Terima RM3,000

Bigo Mengaji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Buat julung kalinya, aplikasi penstriman video terkemuka, Bigo Live baru-baru ini melancarkan sebuah petandingan tilawah Al-Quran serta kempen kutipan derma bagi menyokong Covid Emergency Appeal Food Aid anjuran Islamic Relief Malaysia.


Tilawah Bersama Bigo Square Bm

Program ‘Tilawah Bersama Bigo’ ini merupakan salah satu usaha Bigo Live untuk membantu mereka yang memerlukan meraikan Aidilfitri selain menyumbang semula kepada komuniti sepanjang tempoh kawalan pergerakan (PKP).

Siaran Langsung Di Bigo Live

Difahamkan, pertandingan selama seminggu ini bakal disiarkan secara langsung melalui aplikasi Bigo Live (Bigo ID: MY.Eventroom).

Pusingan awal bakal berlangsung pada 24 Mei hingga 28 Mei ini bermula jam 8.30 malam hingga 12 tengah malam. Sementara pusingan akhir bakal diadakan pada 29 dan 30 Mei, 9 hingga 10 malam. 

Pertandingan akhir ini kemudian bakal diadili oleh pemenang Tilawah Al-Quran Antarabangsa tahun 2019 dan juga merupakan seorang influencer iaitu Farhatul Faizurah.

“Saya menggalakkan saudara-saudara seIslam dan seluruh rakyat Malaysia meluangkan masa untuk menyertai acara ini dan menyumbang kepada usaha yang memanfaatkan golongan yang memerlukan”-Farhatul

Untuk pengetahuan, pendaftaran kini telah dibuka, dan sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas boleh mengambil bahagian dalam pertandingan tilawah tersebut. Peserta-peserta yang disenarai pendek berpeluang memenangi hadiah-hadiah wang tunai bernilai antara RM1,000 hingga RM3,000 di pusingan akhir.

Bigo Tilawah

Untuk sesiapa yang menepati syarat, bolehlah daftar disini.

Difahamkan, para penonton akan dapat mengundi  peserta kegemaran mereka dengan menggunakan tiket undian percuma dan pemberian hadiah secara maya sepanjang pertandingan secara langsung tersebut.

Selain itu, semua sumbangan yang bakal diterima melalui pertandingan ini nanti akan didermakan kepada COVID Emergency Appeal Food Aid oleh Islamic Relief Malaysia dan akan digunakan bagi membantu warga Malaysia yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Tunggu apa lagi, jom ambil bahagian dan menonton pertandingan  ‘Tilawah Bersama Bigo’ ni dengan memuat turun aplikasi Bigo Live di sini (boleh didapati melalui iOS dan Android). Ikuti Bigo Live Malaysia untuk makluman terkini di Facebook dan untuk terma dan syarat pertandingan di sini.

Sumber: Bigo Live
Sumber: Bigo Live

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.