in

“Hidup PASKAL!” – TLDM Kecam Video Bigo Live Lelaki Menyamar Jadi PASKAL Sambil Mengorat ‘Pondan’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak filem PASKAL lakonan Hairul Azreen meletop-letop di pawagam, ramai di kalangan netizen yang nampaknya bercita-cita nak jadi anggota PASKAL ni.


Baru-baru ni, seorang lelaki tiba-tiba viral di media sosial lepas videonya bersama seorang ‘pondan’ di Bigo Live tersebar di Facebook. Asalnya video ni dibuat untuk menghiburkan netizen je, tapi ia jadi isu pulak lepas lelaki terbabit mengaku dirinya seorang anggota PASKAL. Ops! 

 

“Labi-labi rasa labi-labi lah, takkan rasa babi-babi” 

Menerusi video berdurasi 54 saat, lelaki berambut pendek tu tampil dengan mood bengis ketika berbual dengan ‘pondan’ terbabit menggunakan apps Bigo.

Bila perempuan tu tanya sama ada lelaki tersebut dah makan ke belum, dia kemudian menjawab sudah makan labi-labi. Tak puas hati dengan jawapan tu, ‘wanita’ tu tanya pulak apa rasanya labi-labi tersebut.

Dengan nada kasar, si lelaki terus jawab, “Labi-labi rasa labi-labi lah, takkan rasa babi-babi.” Amboi! 

Lelaki tersebut kemudian jelaskan yang dia seorang anggota PASKAL. Sebab itulah dia nampak serius dan tegas bila jawab soalan. Haa tapi jangan terkejut pulak sebab lepas tu korang akan dengar suara garau sebut ‘Hidup PASKAL’ daripada ‘wanita’ tadi.

https://www.facebook.com/therajalepak/videos/356853024896220/?__xts__[0]=68.ARCOtqcukKtoIbtJYEISs_9NUNyY6LYT6gR1qs9W4u45DrqYSh8jDrTC_BvrQdAzrpkPpqgvpStHuB2t1ocYQ-sSxyl_puvPvPZeFvjt7FobPK3dJqlztWhyIrBNaevudpo8Vg9UpDEA98V16hTDh0uouijBEuPD3t28Uq1kBxN0za47pCcPA58eoSEDpPohi8XjY5v9daQKdUKv0Bhy1PYXbXpE5ENVZYvQZnXFY0c9Sp8fd_aUUVJj4eZbPiws1ucb4P8qNmws4D-0VDM1F-MbTdPRQd3b-w8Ole7wyRbEHdcFHDF7ZLeQIWUjjAlqltbUyFdCqBe7Tc2B&__tn__=H-R

Haa abis terkeluar suara jantannya ye! 

 

“Sengaja cemar nama baik PASKAL” – TLDM 

Walaupun video tu buat segelintir netizen terhibur, pihak TLDM nampaknya macam tak berapa suka dengan apa yang berlaku.

Menurut jurucakap TLDM, mereka telah pun menjalankan siasatan dalaman mengenai isu ni dan mendapati individu terbabit bukanlah anggota TLDM atau PASKAL seperti yang didakwa, lapor Harian Metro.

Sumber: BH

Malah katanya lagi, tindakan lelaki tu seolah-olah mencemar nama baik PASKAL.

“Mungkin populariti filem PASKAL menyebabkan lelaki berkemeja T dan berkain pelikat itu sengaja menyamar.

“Untuk menjadi anggota PASKAL, seseorang itu perlu melalui banyak ujian seperti aspek ketahanan fizikal dan mental sebelum mengikuti kursus asas komando.

“Selalunya ada 120 ke 150 orang calon, tetapi hanya 15 orang sahaja yang terbaik dan terpilih kerana berjaya melepasi semua tapisan ditetapkan setiap tahun,” katanya.

Sumber: Blog

Seorang anggota PASKAL haruslah jaga tingkah laku dan berikan sepenuh ikrar mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan, kata jurucakap TLDM ni lagi.

Mungkin bagi sesetengah orang benda ni dianggap sebagai joke, tapi bagi anggota beruniform ia adalah disiplin dan mereka memang tak suka dengan benda merapu macam ni yang calarkan reputasi anggota mereka. So be careful ye kalau nak buat parody apa sekalipun. 

Baca: “Bodo..berdekah aku gelak, muka dia cuak dowh”- Pakai Coli Buat Lawak Depan Adik-Beradik, Sekali Bapak Masuk…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.