in

Datuk ‘Umpan’ Tawar Gadis Bawah Umur Pekerjaan Melalui Bigo Live Sebelum Perkosa Mangsa

Abhy

Tawar pekerjaan sebegai PA dengan gaji lumayan, satu modus operandi seorang lelaki yang memperkenalkan namanya sebagai ‘Datuk Abhy’ untuk mengumpan mangsa sebelum dirogol.

 

Tawar kerja gaji lumayan

Modus Operandi lelaki tersebut mula terbongkar apabila pihak polis ada menerima laporan daripada seorang mangsa pada 14 Januari 2020, seorang pelajar perempuan dimaklumkan telah dirogol oleh suspek seorang lelaki warga tempatan di sebuah rumah kedai di kawasan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menerusi Harian Metro, mangsa mengenali suspek melalui Bigo Live. Suspek memperkenalkan diri sebagai Dato’ Abhy, dia menawarkan pekerjaan sebagai pembantu peribadi. Suspek ambil kesempatan dan telah merogol mangsa.

Sebelum ini terdapat satu lagi laporan yang sama pada 13 Januari 2020 dimana suspek menggunkan modus operandi yang sama.

 

Laporan polis dirogol orang yang sama dua hari berturut-turut

Bagaimanapun, sekitar jam 6 petang semalam, suspek telah berjaya ditangkap di rumahnya di Kajang, Selangor.

Pihak polis percaya suspek terlibat dengan beberapa kes rogol lain, menggunakan modus operandi yang sama iaitu memerangkap mangsa dengan menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan menggunakan aplikasi tersebut.

Kes masih dalam siasatan dan diklasifikasikan di Bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. Suspek boleh dipenjara tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun dan sebatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu atau mana-mana kejadian yang membabitkan modus operandi sama diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Noorlaila Kairudin di talian 0192299906 atau hubungi balai polis berhampiran.

 

Baca : Fathia Latiff Akui Dia Wanita Dalam Video, Tak Tahu Bigo Live Boleh Ditonton Umum

Bigo