Perkongsian seorang individu di Twitter baru-baru ni tentang nasib malang dua beradik yatim piatu mendapat perhatian ramai. Menurut individu tu, cerita tu dikongsi sendiri oleh dua beradik tu dekat dia suatu ketika dulu.
Menurut dua beradik tu, mereka kehilangan kedua ibu bapa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika mereka berusia 9 dan 12 tahun. Tiada tempat bergantung dan berteduh, pakcik mereka pun ambil alih tugas ibu bapa dan menjaga mereka.
Di situlah bermulanya episod hitam dalam hidup mereka… Bukannya ikhlas nak menjaga, tapi rupa-rupanya pakcik pakcik mereka ambil kesempatan dan merogol mereka. Semuanya bergilir-gilir melempiaskan nafsu masing-masing. Perkara tu berlanjutan sampailah pakcik dorang dah berkahwin.
“Mula-mula melawan, lama-lama…”
Mula-mula takut and melawan, lama-lama they accept je as part of surviving. They said… Paling lama pun 20 minit. Tahan je lah. If not kena pukul.”
Both of the girls were 9 and 12 when the abuse and rape started. Mula2 takut and melawan, lama2 they accept je as part of surviving. They said…Paling lama pun 20min. Tahan je lah. If not kena pukul.
— SaB_MeOw_MeOw♥️🖤🤍💚 (@SabrinaM2812) August 22, 2019
Siang pergi sekolah, malam kena layan nafsu pakcik
Betul, dua beradik ini dihantar ke sekolah macam kanak-kanak lain. Tapi, kehidupan mereka berubah menjadi muram bila waktu sekolah tamat. Mana tidaknya, balik rumah kena paksa kemas rumah dan memasak untuk pakcik pakcik durjana tu. Bila malam kena paksa layan nafsu mereka pula!
Sekali sekala saudara mara datang puji sampai ke langit betapa bagusnya pakcik ni semua sebab sanggup ambil alih jaga mereka.”
Bila dah besar, jadi wild…
Masa silam yang hitam membuatkan dua beradik ni membesar dengan penuh rasa dendam dan kebencian. Mereka jadi liar selepas lama hidup dalam trauma dan begitulah cara mereka deal dengan pengalaman buruk dalam hidup.
Benci lelaki tapi satu-satunya cara yang mereka tahu untuk berhubung dengan lelaki adalah melalui seks. Malangnya.”
Ambil dadah, minum arak…
Hidup musnah tapi pakcik seronok hidup dengan isteri…
Kesiannya.Tak guna punya pakcik!