in

Jangkitan HIV Meningkat Di Kalangan Pelajar Uni? Kajian Durex Dedah 70% Rakyat Malaysia Aktif Seks Tapi…

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengatakan terdapat peningkatan yang membimbangkan dalam jangkitan HIV di kalangan pelajar berusia 18 ke 25 tahun di Malaysia.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa seramai 214 pelajar di institusi pendidikan tinggi swasta atau kerajaan telah dijangkiti HIV pada tahun 2020 dan menurun sedikit pada tahun 2021 ke 186 individu namun menunjukkan peningkatan pada tahun 2022 iaitu seramai 221 dan pada tahun 2023 seramai 224 inidividu.


Selain itu, satu tinjauan Durex Global Sex Survey 2024, menunjukkan seramai 70% rakyat Malaysia aktif secara seksual namun hanya 24% dari mereka telah membeli kondom pada tahun lalu.

Disebabkan ini, Durex Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia telah bergabung melalui inisiatif Positive Living bagi menangani perkara ini.

Hiv Case 1 768X485 1

Artikel berkaitan: Penceramah Dedah Trend H*mosek*ual Bermula Di Sekolah, Punca Kes HIV Meningkat Di Kalangan Pelajar

Artikel berkaitan: 9 Mitos Tentang Seks Yang Ramai Orang Percaya, Tapi Sebenarnya…

Tinjauan seks

Peningkatan HIV di kalangan pelajar universiti ini secara tak langsung turut berkait rapat dengan tinjauan yang dilakukan oleh Durex. Ia menunjukkan penget yang kurang tentang seks yang selamat serta keperluan untuk berkomunikasi secara terbuka tentang kesihatan seksual bagi menangani risiko HIV dan penyakit kelamin.

Tinjaun ini telah melibatkan 36 buah negara dan melibatkan seramai 29,500 responden berusia 18 ke atas termasuk Malaysia. Tinjaun ini menunjukkan realiti membimbangkan di mana terdapat perbezaan di antara aktiviti seksual dan amalan seks selamat.

Dekat bawah ni adalah beberapa penemuan utama yang diambil dari tinjauan dari rakyat Malaysia.

1. Purata umur responden yang melakukan hubungan intim pertama di Malaysia adalah di usia 22 tahun dan mereka biasanya melakukan perkara ini kerana “rasa cinta” dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.

2. Aktiviti seksual di kalangan rakyat Malaysia sama ada bersendiri atau dengan pasangan adalah seperti berikut:

  • Purata rakyat Malaysia berusia 17 tahun telah melakukan onani bersendirian tanpa menggunakan apa-apa alat permainan seks.
  • Purata rakyat Malaysia berusia 18 tahun onani bersendirian dengan bantuan alat permainan seks.
  • Purata rakyat Malaysia berusia 18 tahun telah bersentuhan dan bermesra dengan pasangan.
  • Purata rakyat Malaysia berusia 19 tahun telah menonton porno.
  • Purata rakyat Malaysia berusia 19 tahun telah memberi dan menerima seks oral.
  • Purata rakyat Malaysia berusia 21 tahun telah melakukan seks melalui texting.

3. Lebih separuh dari rakyat Malaysia yang menyertai tinjauan ini iaitu seramai 51.77% tidak mempertimbangkan penggunaan kondom ketika pertama kali melakukan persetubuhan.

Biodegradable Condom 911X1024 1

4. Antara mereka yang menggunakan kondom ketika pertama kali melakukan persetubuhan, 44% dari mereka telah berterusan menggunakan kondom.

5. Pornografi dan carian internet adalah sumber utama untuk rakyat Malaysia mendapatkan maklumat mengenai seks.

6. Ekoran kurangnya kesedaran dan pendidikan seks serta mempunyai sifat terlalu mempercayai telah menyebabkan seramai 59.12% dari mereka percaya atau tak merasakan perlu untuk memakai kondom apabila mereka percaya dengan pasangan mereka sekaligus membuatkan seks selamat tidak diamalkan.

7. 31.62% rakyat Malaysia di dalam tinjauan ini percaya yang mereka tak akan dijangkiti oleh penyakit kelamin sekiranya mereka tidak melakukan seks penetratif manakala 33.88% dari mereka tak pasti.

8. Hanya 20.36% rakyat Malaysia sedar yang wanita boleh mengandung walaupun semasa dalam haid.

9. Hanya 1 dari 10 telah diminta pasangan untuk memakai kondom ketika pertama kali melakukan seks.

10. Tarik keluar dan mengira waktu haid merupakan cara yang paling banyak digunakan bagi mengelak kehamilan.

11. Separuh dari rakyat Malaysia mengatakan bahawa menonton porno merupakan sifat normal dan 18-24 dari mereka mengatakan yang mereka jarang melihat kondom digunakan di dalam porno yang ditonton.

Pornography.jpg

12. Hanya 24% rakyat Malaysia telah membeli kondom dalam masa 12 bulan kebelakangan ini.

13. Seramai 2 daripada 5 rakyat Malaysia telah melakukan hubungan seks tanpa perlindungan daripada kehamilan yang tidak dirancang, dengan satu pertiga melakukan hubungan seks tanpa perlindungan terhadap penyakit kelamin.

Positive Living Program

Ekoran ini, Durex Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysia telah melancarkan Positive Living Program bagi memberikan sokongan psikososial untuk orang yang hidup dengan HIV serta mempromosikan kesedaran kesihatan seksual di kalangan belia Malaysia.

Sumber: Durex, MAF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.