“Setiap malam masuk bilik…” – Kena Rogol Dengan Bapa, Tapi Ibu & Jiran Tak Percaya Sebab Bapa ‘Orang Masjid’

Menyedihkan, berita tentang anak dirogol bapa sendiri seperti bukan sesuatu yang asing lagi di Malaysia. Diharap setiap pelaku yang buat perbuatan sekeji itu terhadap anak sendiri dapat balasan yang setimpal!

Semalam, seorang peguam berkongsi salah satu kes yang pernah dibicarakan di Malaysia. Seorang bapa kandung yang tergamak merogol anaknya ketika usia 10 tahun dan kegiatan terkutuk itu berlaku selama 3 tahun sebelum semuanya terbongkar.

 

“Dipaksa menonton video lucah…”

Menurut Aminahtul Marrdiah, kanak-kanak itu dipaksa tonton video lucah oleh si bapa dan turut diajar macam mana nak puaskan nafsu rakusnya setiap malam.

Sumber: Twitter

 

Kalau tak buat, adik jadi mangsa

Apa yang mangsa tahu, kalau dia melawan dan kalau dia lari dari rumah tu, adik perempuannya pula jadi mangsa nafsu rakus ayahnya. 

Setiap malam dia menunggu kehadiran si bapa yang akan masuk ke dalam bilik pada jam 3.30 pagi untuk melempiaskan nafsu serakahnya.

Gambar hiasan

 

Bapa masuk bilik adik

Sepanjang 3 tahun tempoh dirinya dirogol bapa itu, mangsa tidak pernah dapat tidur yang lena dan pada satu hari mangsa ternampak si bapa masuk ke dalam bilik tidur adiknya.

Satu hari, mangsa nampak ayahnya masuk ke bilik adiknya. Mangsa menjerit dan jeritan tersebut membuatkan ibunya bangun. Mangsa lari dan sembunyi di rumah jirannya malam tersebut bersama adiknya.”

Gambar hiasan

 

Tiada siapa yang percaya…

Lepas menceritakan apa yang berlaku, malangnya si ibu dan jiran tetangga tidak mempercayai mereka hanya kerana status si bapa sebagai ‘orang masjid’.

Malangnya, ibu mangsa tak percaya mangsa di rogol. Jiran mangsa juga kata mangsa buat cerita sebab ayah mangsa orang kuat masjid. Tak mungkin ayah mangsa merogol. Mangsa dipukul teruk oleh ibu dan ayahnya kerana “buat cerita”.”

 

Dipanggil guru kaunseling

Mangsa luahkan segalanya dan satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa dengan bantuan guru kaunseling.”

Sumber: Twitter

 

Tidak gentar menceritakan segala apa yang terjadi

 

Bayangkan seawal usia itu terpaksa melayan nafsu serakah bapa dan lebih memeritkan apabila ibu tak percaya…

Baca: “Muka pun nampak jahat” – Gadis Akhirnya Buka Mulut Lepas 14 Tahun Jadi Hamba Seks Bapa Angkat

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!