in

UMNO Akan Menang di Sg Kandis – Zahid Hamidi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjelang pilihan raya kecil Sg. Kandis ni, macam-macam cerita yang kita dapat dengar. Semua parti ada je benda nak cakap bagi mempertahankan kedudukan dorang.


Menurut Astro Awani, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata yang beliau yakin pengundi Pas akan menolak calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sg. Kandis, Sabtu ini.

Sumber: The Malaysian Insight

Bukan tu je, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyudin Hasan pun mengkukuhkan lagi kenyataan Zahid Hamidi. Beliau menghantar ‘isyarat’ bahwa PAS kekal dengan pendirian menentang PH yang didakwa mengetepikan Islam dan masyarakat Melayu.

Beliau jugak komen yang setakat ni, komitmen yang tinggi diperlihatkan oleh gerak kerja jentera Barisan Nasional (BN) dan rakan-rakan daripada Pas sepanjang tempoh berkempen. Benda ni buat dorang lagi yakin akan kemenangan tu.

Sumber: Blog

“Persetujuan dicapai bukan saja dengan Mursyidul Am Pas (Hashim Jasin) tetapi di peringkat Pas Kota Raja dan semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kandis,” katanya.

Zahid Hamidi nampak yakin dengan calon BN. Sebab bila ditanya tentang reaksi pengundi terhadap calon Datuk Lokman Noor Adam, beliau cakap sokongan adalah positif kerana kebanyakan penduduk kecewa dan tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan yang dah masuk tempoh 70 hari setakat ni. 

Kita tunggu dan lihat….

Baca: “Mat Sabu menteri kartun!” – Najib

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.