in

Lelaki Ini Terpaksa Jual Kereta Lepas Anak Beli Barang ‘In-Game’ Berjumlah RM7,500

Cover 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki dari Wales Utara dilaporkan terpaksa menjual kereta keluarganya, Toyota Aygo selepas menerima bil telefon berjumlah $1,800 (RM7,500).

Muhammad Mutaza, 41, mendedahkan dia terkejut apabila menerima bil Apple iTunes berjumlah RM7,500 selepas anaknya, Ashaz membeli barangan di dalam permainan video Dragons: Rise of Berk.


2 1

Pada mulanya, Mutaza menganggap dirinya telah menjadi mangsa scammer kerana menerima bil yang banyak dengan jumlah yang tinggi.

“Saya ingat saya telah ditipu”, luah Mutaza kepada sumber.

Jelas Mutaza, anaknya menghafal kata laluan akaun iTunes miliknya dan berjaya membuat 29 pembelian menerusi aplikasi tersebut.

“Saya tak sangka seseorang boleh membelanjakan wang yang banyak untuk permainan video kanak-kanak ini”, sambung Mutaza.

1 1

Lebih memilukan, emel yang digunakan untuk akaun iTunes Mutaza adalah emel yang jarang digunakan. Jadi, dia hanya perasan resit yang diterima selepas anaknya membuat banyak pembelian.

Menurut sumber, Mutaza kini tidak membenarkan anaknya bermain permainan video yang memerlukan pembelian selepas kejadian menyayat hati ini.

 

Kredit: Daily Mail

BACA: “Kalau aku tahu, dah lama aku buat” – Budak 6 Tahun Buat Video Main Permainan Je Dah Boleh Beli Rumah Harga RM31 Juta

Capture 6

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.