in

“Ucapan istimewa buat Tunku” KREATIF! Jejaka Ini Hadiahkan Pantun Mandarin Sempena Ulang Tahun Permaisuri Agong

Hb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ulang tahun kelahiran adalah antara peristiwa yang kita semua nantikan setiap tahun. Pasti ada sahaja kejutan, ucapan serta doa dari orang yang tersayang.


Pada 5 Ogos yang lalu, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menyambut hari ulang tahun yang ke-60. Pelbagai reaksi dan ucapan yang diterima tuanku melalui laman media sosial.

Eenrtfhu8Ae998O

Tidak ketinggalan ucapan dari seorang mahasiswa yang membuat video berpantun dengan menggabungkan bahasa Melayu dan bahasa Cina.

Dalam video itu juga, dia menulis pantun tersebut dalam dua penulisan berbeza iaitu tulisan mandarin dan tulisan Jawi. Kreatif kan?!

 

Jawi

Jejaka bernama Muhd Rizq ini telah berkongsi video ucapan itu di YouTube beserta ucapan semoga Tunku dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta mampu mengekalkan kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Inilah contoh rakyat yang sayang akan kedaulatan negara. Saling mendoakan kebahagaian dan kesejahteraan pemimpin. Pada masa yang sama meraikan kepelbagai bahasa di Malaysia.

Video lelaki ini berpantun, korang boleh tengok kat bawah ni :

 

Korang yang tahu bahasa-bahasa tempatan yang lain pun boleh cuba buat video ucapan untuk Tunku. Mungkin kita dapat dengar syair dalam bahasa Tamil pula kan?

 

Baca:“Makin besar umur, makin banyak manfaat untuk ramai orang”- Raja Permaisuri Agong Sambut Hari Lahir Yang Ke-60! 

C

Sumber: Twitter
Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.