in

“Makin besar umur, makin banyak manfaat untuk ramai orang” – Raja Permaisuri Agong Sambut Hari Lahir Yang Ke-60!

Permaisuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun kita didatangi dengan berita sedih mengenai apa yang berlaku di Beirut hari ini, namun tidak seharusnya kita lupakan bahawa hari ini merupakan hari istimewa KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kita!

Oleh dengan itu, admin dan seisi geng Lobak Merah ingin mengucapkan Selamat Hari Keputeraan yang ke-60 buat baginda Permaisuri Agong! 


271202

Semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Amin!

 

“Happy birthday to the best mother I could ever ask for” – Tengku Puteri Jihan 

Dalam pada itu, ucapan apa yang lebih menyentuh hati ramai kalau tak datangnya daripada anakanda kesayangan Raja Permaisuri Agong kita iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, Tengku Puteri Jihan mendoakan kebahagiaan dan kesihatan yang baik bondanya itu. Comel sungguh kedua-duanya ni! 

https://twitter.com/jihanabdullah27/status/1290827755450318853

Selain Tengku Puteri Jihan, Tengku Puteri Iman Afzan juga mengucapkan Selamat Hari Lahir buat bondanya, Tunku Azizah di Instagram.

https://www.instagram.com/p/CDfWelwhE0m/

 

Rakyat jelata turut ucap ‘Selamat Hari Lahir’ 

Warga Twitter juga pada masa yang sama membanjiri timeline House of Pahang untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir buat baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kebanyakannya bermimpi ingin menjadi sehebat tuanku apabila di usia tua nanti! Love sangat kan dengan penampilan dan sikap baik hati tuanku! 

Ulang Tahun

Bagi korang yang tak tahu, Raja Permaisuri Agong kita juga berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein Onn. Happy Birthday! 

Baca: “Jangan sentuh, saya peliat telinga karang” – Cara Tunku Azizah ‘Warning’ Jangan Sesiapa Sentuh Masakannya Buat Netizen Terhibur

Jangan

Sumber: The Star
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.