“Typical Melayu, otak cetek.” – Gambar Dengan Aliff Aziz Viral, Janda Penang Buat Live Hentam Netizen

Belum lagi reda kes Aliff Aziz dengan Nismel, hari ni tiba-tiba tersebar pula beberapa gambar dia dengan seorang wanita lain pula. Difahamkan, wanita tu adalah seorang janda anak satu berasal dari Pulau Pinang.

Apa yang buat gambar tu jadi kontroversi adalah sebab posing mereka yang agak daring selain turut bercium dipercayai ketika berada dekat sebuah kelab malam. 

Sumber: Blog

Bukan tu je, ada satu gambar menunjukkan Aliff letak tangan di bahu wanita tersebut dan latar belakang nampak seperti dorang ada dalam sebuah bilik hotel. Aik check in juga ke?

Sumber: Blog

Tapi rupa-rupanya gambar tu adalah gambar lama tapi tak dinyatakan pada tahun bila. Disebabkan marah ada pihak tiba-tiba sebarkan gambar tu, janda yang dikenali dengan nama Fina ni tampil buat live dan hentam individu tersebut.

Terima kasih yang tengah viralkan gambar-gambar saya dengan Aliff Aziz. But gambar tu, gambar lama gila. Kenapa nak kena naik sekarang?”

Fina juga tekankan yang dia dengan Aliff tak pernah ada apa-apa hubungan. Bukan tu je, dia juga pesan dekat netizen supaya selidik dulu sebelum nak bagi komen negatif.

Jadi, korang tak payah nak komen macam korang tu ahli syurga. Selidik dulu, selidik dulu. Sebelum korang nak kecam orang, korang cermin diri korang dulu.

Tolonglah, kalau hangpa tu bagus sangat, hang pi duk masjid lah, tak payah duk condemn condemn orang. Ni lah typical Melayu, otak cetek. Malas nak layan orang macam ni.”

Sumber: Blog

Kata Fina, telefon dia hilang baru-baru ni dekat club masa sebelum bulan puasa. So, ada kemungkinan besar dari situlah gambar dia dengan Aliff mula tersebar.

I tak pasti dorang ambil gambar ke apa. Lepas tu sekarang baru nak viralkan. Good job Malaysia. Tapi macam basi je okay.”

Sumber: Facebook

Lagi satu, Fina cakap jangan selalu nak salahkan perempuan ke bila jadi kes kantoi curang macam ni. Kiranya, kalau tepuk sebelah tangan tak berbunyi.

Semua orang tahu Aliff Aziz tu macam mana, okay? Jangan salahkan perempuan je. Jangan nak kata ‘ala mesti perempuan pun melayan’.”

Tapi difahamkan, Fina dah pun delete video live tersebut tetapi tak dapat dipastikan sebab apa dia buat macam tu.

Baca: “Bodoh apa korang” – Foto Dengan Aliff Aziz Diranjang Tersebar? Gadis 17 Tahun Perjelaskan Hal Sebenar

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!