“Tutup kipas, baik pulak!” – Penyamun Mencuri Dalam Masjid, Tapi Netizen Ketawa Berdekah Lepas Dengar Komen Pakcik Belakang CCTV Ni

Tambah ke Sumber Pilihan
“Tutup kipas, baik pulak!” – Penyamun Mencuri Dalam Masjid, Tapi Netizen Ketawa Berdekah Lepas Dengar Komen Pakcik Belakang CCTV Ni

Masjid merupakan tempat suci di mana orang Islam beribadah dan menjalankan aktiviti keagamaan bersama. Namun sejak akhir-akhir ni, kesucian rumah ibadat ni sering tercalar dengan kes macam mencuri tabung masjid.

Baru-baru ni, ada lagi satu kes mencuri di masjid yang video CCTVnya viral kat Twitter. Walaupun benda ni isu serius, admin tak tahan nak tergelak lepas dengar komentator belakang CCTV ni mengomel pasal si pencuri tu.


Nah korang dengar la sendiri pakcik dengan makcik ni membebel! 

“Dia ambik hamper. Jadilah daripada tak dapat apa-apa!” 

Menerusi video tersebut, korang boleh lihat gelagat si pencuri yang frust menonggeng tak dapat pecahkan tabung masjid. Sampai berguling-guling haa atas lantai tu!

Dalam stress tengah fikirkan cara macam mana nak dapatkan wang dalam tabung tu, tetiba pulak dia nampak CCTV kat atas siling. Dari situlah mulanya si pakcik dan makcik di belakang CCTV ni troll dan mengomel pasal pencuri tersebut.

Pecah Tabung
Sumber: Twitter

Yang jadi lawaknya, tak dapat pecahkan tabung, si pencuri ni rembatlah hamper yang ada dalam stor masjid. Lepas tu sebelum keluar, dia sempat pulak tutup suis kipas. Aduhai! 

Hamper
Sumber: Twitter
Kipas
Sumber: Twitter

“Berdekah wei pak cik tu gelak!” 

Rata-rata netizen yang melihat video tu memang ketawa habislah sebab terhibur dengar pakcik dan makcik di belakang CCTV ni jadi narator kepada kejadian tu. Komen yang paling win mestilah part tutup kipas tu. Baik pulak dia ye!

Pencuri 1
Sumber: Twitter

“Pencuri ni confuse ni. Dia baik ke jahat sebenarnya…” 

Dalam pada tu, tak semualah yang mengecam tindakan pencuri tersebut. Ada yang simpati dan mengagak mungkin si pencuri ni ada masalah kewangan yang kita tak tahu. Kalau boleh, eloklah setiap masjid wujudkan ‘Gerobok Rezeki’ bagi mereka yang memerlukan.

Pencuri 2
Sumber: Twitter 

Admin harap si pencuri bertaubatlah daripada buat perkara tak elok ni. Apa-apapun narator video ni memang lawak habis lah! Ceria pagi selasa kita tau!

Baca:  Lelaki Kemboja Berlakon Mengaji, Rupa-rupanya Tangan Menular Curi Duit Tabung Masjid

Curis

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Tutup kipas, baik pulak!” – Penyamun Mencuri Dalam Masjid, Tapi Netizen Ketawa Berdekah Lepas Dengar Komen Pakcik Belakang CCTV Ni
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/tutup-kipas-baik-pulak-penyamun-mencuri-dalam-masjid-tapi-netizen-ketawa-berdekah-lepas-dengar-komen-pakcik-belakang-cctv-ni/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM