in

Tupai Sumbat 148kg Kacang Dalam Enjin, Rupanya Dah 8 Tahun ‘Berperang’ Dengan Tuan Kereta

Squirrel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sesiapa yang ada anak bulus dekat rumah tu, apa tabiat haiwan peliharaan korang yang paling korang tak boleh ‘brain’ sekali?


Bercakap mengenai telatah haiwan, hari ini min nak kongsikan satu cerita mengenai seekor tupai merah. Walaupun haiwan ini liar dan tak bertuan, gelagat tupai ini telah memeningkan kepala seorang lelaki di Amerika Syarikat.

Red Squirrel Munching On A Hazel Nut Royalty Free Image 1599203407 E1633150574244
Gambar hiasan

Lapor Metro UK, selama lapan tahun, Bill Fischer sudah mencuba segala cara untuk menghentikan seekor tupai merah daripada menyumbat ruangan enjin trak pikapnya dengan kacang.

Difahamkan, perkara itu akan berlaku setiap tahun pada musim luruh sebagai persediaan si tupai untuk menghadapi musim sejuk. Menurut Fischer, selain daripada ruang enjin, haiwan terbabit turut menyumbat kacang ke dalam pintu, rim tayar dan belakang bampar.

Man Discovers Squirrel Stashed 42 Gallons Of Nuts In His E1633150612453

Akibatnya, Fischer, 56, yang tinggal di Fargo, North Dakota, terpaksa menghabiskan masa beberapa jam untuk membuang kesemua kacang yang disumbat haiwan berkenaan.

“Saya dah ‘berperang’ dengan tupai ni sejak tahun 2013 lagi. Dah macam rutin pula, dia (tupai) akan penuhkan kereta saya dengan kacang dan saya akan buangnya,” katanya.

Jelas Fischer, dia sudah mencuba pelbagai cara untuk mengelakkan tupai terbabit daripada menggunakan keretanya sebagai tempat simpan makanan termasuklah menyembur campuran Tabasco dan Cayenne Pepper. Pun begitu, semuanya tak membuahkan hasil kerana si tupai masih berdegil.

Avalanche Nuts E1633150635942

Tahun ini, tupai terbabit berjaya memecahkan rekod tersendiri selepas menyumbat 148 kilogram kacang di dalam trak pikap milik Fischer.

“Paling banyak saya pernah buang kacang sebelum ni adalah sebanyak empat bakul tapi tahun ini, saya berjaya buang tujuh bakul kacang,” kata Fischer.

Walaupun sudah melakukan perkara itu hampir sedekad, Fischer berkata, dia pernah rasa bersalah kerana terpaksa merosakkan usaha tupai terbabit tapi kini katanya, dia harus membuka bahagian traknya hanya untuk memastikan semua kacang sudah dikeluarkan.

 

Sumber: Metro UK

Baca: “Macam ni sekali kau kedekut dengan makhluk lain!”-Pemilik Dusun Seksa Tupai HANYA Sebab Curi Buah ?

Tupai Baru C E1633148636530

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.