in

“Macam ni sekali kau kedekut dengan makhluk lain!”-Pemilik Dusun Seksa Tupai HANYA Sebab Curi Buah ?

Tupai Baru C E1633148636530

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap makhluk sudah ditetapkan rezeki daripada Tuhan tak kesah manusia, binatang, tumbuhan dan lain-lain. Rezeki yang ada perlulah dikongsi tak kira kepada sesiapa sahaja. Walaupun binatang tidak mempunyai akal fikiran untuk berfikir namun seeloknya bersikap ihsan lah terhadap binatang atas dasar kemanusiaan terhadap makhluk lain.


Kejadian di salah sebuah dusun di Pahang dimana dipercayai pemilik dusun tersebut mengikat dan menggantung seekor tupai pada buluh di dusun miliknya. Tindakan ini menimbulkan kemarahan ramai pihak.

Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerima gambar seekor tupai diikat dan terkejut ketika menerima berita ini.

Tupai

Presiden MAA, Arie Dwi Andika berkata Tindakan pemilik dusun itu jelas melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang mana individu terbabit boleh didakwa dan dikenakan hukuman. Bahkan haiwan liar merupakan hak di bawah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), lapor Harian Metro.

Berkemungkinan, pemilik dusun itu marah sebab buahnya rosak dan tindakannya mengikat tupai tersebut bertujuan untuk memberi amaran dan menakutkan tupai-tupai lain. Kalau ye pun nak bagi amaran bukan macam ni cara dia. Tapi apa salahnya kalau sedekahkan je buah tu. 

Pihak MAA menawarkan RM 2,000 kepada saksi kejadian yang menyalurkan maklumat sampai sehingga pesalah dapat dijejak, didakwa dan dijatuhkan hukuman.

Majoriti netizen marah dengan tindakan pelaku tersebut dan diharap dia mendapat hukuman yang sepatutnya.

Komen Fb 6

Komen Fb 2 3

Kejamnyaaa…

Baca : “Dunia melihat tapi tak mampu buat apa-apa” – [VIDEO] Ratusan Haiwan Mati Bergelimpangan Di Tepi Jalan Australia

Koala

 

 

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.