in

Tular Video Johan Terlalu Garang Ketika Ajar Anak Mengaji Di Rumah Raih Perhatian Netizen

Garang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mendidik anak bukanlah satu perkara yang mudah. Kadang-kadang kita perlu bertegas sedikit terhadap anak-anak supaya mereka mendengar kata dan demi membentuk keperibadian yang mulia pada masa hadapan.


Seperti baru-baru ini, tular di media sosial sebuah hantaran memperlihatkan sebuah keluarga selebriti yang meraih perhatian netizen.

Ozlynn kongsi cara Johan ajar anak mengaji

Hantaran tersebut telah dikongsi di laman Instagram (@jozlynnhanania) mereka yang memaparkan beberapa gambar dan video berkenaan situasi pelawak terkenal, Johan sedang ajar anaknya mengaji di rumah.

“Nampak macam bestkan? Bila post gambar or video papa ajar ngaji, semua sibuk nak hantar anak kat papa untuk ajar ngaji. Siap ada yang offer diri juga yang tua pun nak ngaji tapi nak papa ajar.. huhu berani ke?”

Cara Johan terlalu garang?

Hantaran tersebut juga menunjukkan situasi dimana Johan dilihat terlalu garang ketika ajar anaknya mengaji dengan nada suaranya berubah-ubah sambil memegang rotan yang membuatkan anak perempuannya menangis dalam video itu.

Ozlynn juga menerangkan bahawa cara tegas Johan tersebut memang berlaku ketika sesi mengaji dijalankan. Dia juga memberitahu Johan memang tidak bertolak ansur kalau berkaitan dengan mengaji dan sentiasa ada rotan di tangan.

“Tengoklah dan teliti la setiap video dalam ni semua ok.. akak-akak dan abang-abang nak ke papa ajar ngaji? Sebagai seorang isteri yang selalu di ajar juga.. sangat enjoy tapi papa tegas sangat.. takuttt.. kalau bab ngaji or harfiah dia ajar memang tak ada nego ye, rotan tetap dekat tangan.”

Raih perhatian netizen, ada yang puji ada yang kecam

Netizen juga tidak lari dari memberikan pendapat mereka terhadap cara Johan dalam ajar anaknya mengaji. Rata-rata daripada mereka memberikan komen yang positif mengenai tindakan Johan tersebut kerana kadang-kadang didikan perlu ada ketegasan supaya anak cepat faham.

Rakan artis seperti Fauziah Nawi dan Elly Mazlein juga turut memberi komen yang positif terhadap cara didikan Johan tersebut.

Screenshot 2022 08 09 At 1.22.16 Pm

Screenshot 2022 08 09 At 1.22.05 Pm

Ada juga netizen yang tidak selesa dengan cara didikan Johan tersebut dan menganggap ia terlalu kejam untuk anak yang baru sahaja nak belajar mengaji dan bertentangan dengan ajaran Rasulullah.

Namun, Ozlynn menjawab kecaman tersebut dengan tenang di ruangan komen.

Screenshot 2022 08 09 At 1.30.53 Pm

Ketegasan tu memang perlu ada untuk mendidik anak tapi bagi min janganlah keterlaluan sehingga menyentuh fizikal yang membuatkan anak-anak tercedera teruk dan mengalami trauma. Apa-apapun lain ibu bapa, lain cara didikan anak kan?

Baca: “Respect dengan cara didikan” – Sifat Tanggungjawab Anak Sulung Johan & Ozlynn Buat Netizen Tersentuh

Screenshot 2022 08 09 At 1.36.02 Pm

 

 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.