in

Sayu Lihat Tangisan Anak, Ibu M*ut Kemalangan Ketika Beli Persiapan Sambut Hari Lahir Anak

Ibu Maut Kemalangan Tak Sempat Sambut Hari Lahir Anak Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sambutan hari lahir yang sepatutnya diraikan dengan penuh kegembiraan bertukar menjadi detik duka apabila seorang ibu maut dalam kemalangan jalan raya petang semalam.

Mangsa, Noryshah Umar, 47, dilaporkan meninggal dunia selepas motosikal yang ditungganginya hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok di Jalan Kampung Tebuk Tengah, Simpang Empat, Kangar.


Lebih memilukan, mangsa dikatakan baru sahaja pulang dari tempat kerja sebelum singgah di sebuah kedai untuk membeli bahan masakan bagi menyediakan hidangan sempena hari lahir anak bongsunya.

Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira jam 4.40 petang ketika mangsa yang bekerja di kantin Institut Latihan Perindustrian (ILP) sedang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115ZR dari arah Jalan Kampung Serdang menghala ke Kampung Tebuk Tengah.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas sendiri ke sebelah kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop.

Jelasnya, kemalangan berlaku di laluan lurus satu lorong dua hala ketika keadaan cuaca baik dan permukaan jalan kering. Motosikal mangsa turut mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Artikel berkaitan: “Menumpang kasih anak syurga” – Lelaki Ini Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak Yatim

Artikel berkaitan: “Kakak ingat ayah lupa ke?” – Reaksi Kakak Sulung Dapat Hadiah Buat Ramai Terharu

Sementara itu, video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak mangsa bersandar di sebatang pokok sambil ditenangkan orang awam mengundang rasa sayu warganet.

Dalam perkembangan lain, solat jenazah diimamkan oleh Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Sanji, Adnan Fadhil sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tebuk Tengah, Simpang Empat, jam 11 pagi tadi.

Difahamkan, kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.