Tular Desas-Desus Elizabeth Tan Sudah Berkahwin, Siapa Lelaki Bertuah Itu?

Beberapa minggu lalu, ramai lelaki Malaysia yang kecewa dan bersedih dengan berita perkahwinan selebriti jelita, Hannah Delisha. Nampaknya, hari ini mereka bakal bersedih lagi.
Menurut satu sumber, Elizabeth Tan atau lebih dikenali sebagai Lizzy oleh peminat tempatan sudah pun melangsungkan perkahwinan baru-baru ini.

Berita ini mula tular selepas seorang pengguna Twitter memuat naik beberapa gambar tangkap layar daripada sebuah hantaran di Facebook yang dipercayai merupakan ayah Lizzy.
Aikk?? Elizabeth Tan dah kawin ka??? Ayah dia sendiri post 🙆🏻♀️😍😍😍 wahhhhhhh pic.twitter.com/1QbDIYZ3l8
— Anesthesia🧚♂️ (@mind0212345) March 21, 2021
Berdasarkan gambar-gambar tersebut, jelas kelihatan Lizzy sedang memakai busana perkahwinan indah berwarna putih bersama seorang lelaki yang merupakan pasangannya.


Turut didedahkan sumber, berita perkahwinan Lizzy ini berjaya dibuktikan lagi apabila seorang pengguna Twitter yang dipercayai rakannya turut memuat naik beberapa hantaran berkenaan majlis perkahwinan.
Dalam hantaran tersebut, Lizzy mencium pasangannya selepas sah menjadi pasangan suami isteri, disambung dengan tepukan daripada para pengunjung. Tahniah Lizzy!
Untuk rekod, sebelum ini Lizzy pernah hampir mengecewakan peminat lelakinya selepas memuat naik video memakai busana perkahwinan dalam satu hantaran. Bagaimanapun, dia mendakwa itu hanyalah gimik untuk video muzik ‘Beku’.
https://www.instagram.com/p/CK3qCdoFAgJ/




