in

“80% peminat adalah lelaki” – Post Pakai Baju Kahwin, Elizabeth Tan Cuak Ada Peminat Kecewa Sampai Nak Bunuh Diri?

Ft Lizzykahwin

Baru-baru ini, Elizabeth Tan ada muat naik video teaser menunjukkan dia menggayakan gaun pengantin berwarna putih. Ramai peminat lelaki kecewa mendapat tahu penyanyi kesayangan mereka yang mesra dengan panggilan Lizzy itu sudah berpunya.

Punyalah kecewa, kata Lizzy sampai ada yang berkata ingin bunuh diri membuatkan dia cemas kerana tidak menjangkakan perkata sebegitu akan berlaku. Namun, menurutnya, peminat itu menjadikan ‘bunuh diri’ itu sebagai gurauan untuk menunjukkan betapa kecewanya hati dia melihat Lizzy sudah berkahwin.

https://www.instagram.com/p/CK3qCdoFAgJ/

Image From Ios 2

Lizzy turut berkata, dia sedar kebanyakan pengikut Instagram dia adalah golongan lelaki namun tidak mampu mengawal sesuatu yang di luar jangkaan seperti itu.

Lizzy (panggilan untuk Elizabeth) tau peminat 80 peratus kebanyakannya adalah lelaki. Namun saya tak jangka pula ada yang sampai nak unfollow (berhenti mengikut akaun media sosial) atau nak bunuh diri sekiranya Lizzy benar-benar berkahwin.”

Video itu dimuat naik sebagai teaser kepada lagu terbarunya bersama Hazama, Beku yang menceritakan tentang kisah memori cinta lama yang masih meninggalkan kesan kepada pasangan yang gagal dalam percintaan.

Saya yang merancang semua konsep untuk video muzik Beku. Disebabkan mempunyai kekangan waktu, saya terpaksa menggunakan gimik.”

Itu saja cara untuk meraih perhatian umum kerana jika guna langkah promosi biasa saya khuatir tak berkesan. Saya dan Warner Music nak tarik perhatian ramai dengan cepat.”

https://www.instagram.com/p/CK6R7hfM23j/

Penyanyi berusia 27 tahun itu turut berkata dia tidak mahu ada peminat yang tidak berfikir panjang selain berani membahayakan diri sendiri hanya kerana penyanyi pujaan ingin berkahwin.

Lizzy risau bila tengok reaksi mereka macam tu terutama mengenai karier. Macam mana jika Lizzy benar-benar ingin berkahwin nanti? Suatu hari nanti, Lizzy memang teringin benar-benar berkahwin.”

Baca: “Omg wife dia pun tak rela” – [VIDEO] Shuk Pujuk Isteri Dengan Hantaran Mahal, Tapi Netizen Perasan Sesuatu!

Collage 12

Sumber: Instagram