in

Ini 6 Bangunan Tertinggi Di Malaysia Pada Tahun 2023

Ft Bangunan Tertinggi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bangunan pencakar langit telah menjadi salah satu penanda yang menunjukkan sebuah negara itu sedang pesat berkembang dan maju oleh kerana kerja-kerja pembinaan bangunan tinggi tersebut akan memakan kos yang banyak.


Hasil kejuruteraan yang mengagumkan ini sebenarnya banyak fungsinya, salah satunya adalah sebagai pusat kemudahan setempat dan sebagai tarikan pelancong.

Selain itu, bangunan pencakar langit ini juga mampu memberikan impak positif kepada negara dari aspek perolehan ekonomi dan lain-lain. Oleh itu, jom kita mendongak dan tengok 7 bangunan tertinggi di Malaysia pada tahun 2023 ini!

1. Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur

Merdeka 118 Worlds Second Tallest Tower Designboom 03

Ketinggian: 679 meter (2227.7 kaki)

Baru-baru ni mesti korang ada dengar cerita pasal pasangan Russia yang panjat bangunan dekat KL tu kan? Haa ni la bangunan dia..

Dengan ketinggian puncak menara yang berukuran 160 meter dan berat 1,015 tan, Menara Merdeka 118 ini adalah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa di UAE serta tertinggi di Asia Tenggara. Ia dimiliki oleh anak syarikat penuh PNB iaitu PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd.

Merdeka 118 ini terletak di lokasi yang sama dengan beberapa lagi bangunan bersejarah yang mesti korang kenal iaitu Stadium Merdeka dan Victoria Institution serta ia melambangkan penggabungan luar biasa antara yang bersejarah dan yang baharu.

2. The Exchange 106, Kuala Lumpur

96656191 104528631194790 2395067232859465446 N

Ketinggian: 492 meter (1,614 kaki)

Kalau korang selalu tengok dekat internet pasal Tun Razak Exchange ni mesti korang tahu bangunan yang mencecah ketinggian hampir 500 meter ini yang terletak di pusat ibu negara.

Buat masa ini, Exchange 106 ini diisytihar sebagai pusat industri kewangan Malaysia yang berkembang pesat, dan menunjukkan hampir separuh telah disewakan kepada institusi kewangan utama.

Tapi korang jangan risau, sama seperti mana-mana bangunan di Malaysia, pusat membeli belah dijangkakan akan dibuka dan menjadi tarikan utama di menara ini tidak lama lagi.

3. Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

20211024 155444 0000

Ketinggian: 451.9 meter (1,483 kaki)

Menara yang tidak perlu diperkenalkan lagi, confirm warga Kuala Lumpur kenal sangat dengan bangunan ini. Kedua-dua menara yang dibina bersebelahan ini didirikan di pusat bandar KLCC, sekali gus mewujudkan pemandangan latar langit Kuala Lumpur yang ikonik.

Mungkin ada yang tak tahu, menara ini memecahkan rekod revolusi industri pembinaan di Malaysia, apabila menara ini memegang gelaran bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1998 hingga 2004, dan masih memegang gelaran menara berkembar tertinggi di dunia sehingga hari ini.

4. Four Seasons Place, Kuala Lumpur

The Twins Se Asia 2019 49171985716 Cropped

Ketinggian: 342.5 meter (1,124 kaki)

Dengan ketinggian 1,124 kaki, bangunan ini mempunyai 65 tingkat dan terletak berdekatan dengan KLCC. Jadi tak hairanlah kalau ia menjadi pilihan orang ramai untuk menginap dan mencuci mata melihat pandangan yang menakjubkan di tengah kotaraya Kuala Lumpur. Serious berbaloi dan cantik!

Selain berfungsi sebagai sebuah hotel, kompleks ini juga mempunyai 242 unit kediaman, dari penginapan satu bilik hinggalah ke pangsapuri berjenis penthouse. Bangunan ini juga adalah hotel tertinggi ketiga di dunia.

5. Menara Telekom, Kuala Lumpur

Malaysia Tallest Building 4

Ketinggian: 310 meter (1,017 kaki)

Menara yang terletak di Lembah Pantai, KL ini sinonim dengan bentuk unik menyerupai rebung buluh di mana ia direka bagi meningkatkan aliran udara serta mengurangkan penggunaan tenaga.

Dengan kos pembinaan yang mencecah USD150 juta (sekitar RM620 juta), patutlah ia mampu menjimatkan penggunaan tenaganya. Menara ini juga menempatkan kemudahan bersukan dan teater yang boleh menampung sebanyak 2,500 tempat duduk!

6. The Astaka Tower A, Johor Bahru

Astaka 2

Ketinggian: 278.8 meter (915 kaki)

Astaka Tower A ini adalah salah satu daripada dua menara yang menaikkan seri latar langit Johor Bahru dan ia membentuk sebagai sebuah kompleks kondominium mewah yang menawarkan pemandangan menakjubkan seluruh bandar Johor Bahru.

Selain menempatkan leboih 400 unit kediaman, bangunan yang terletak di One Bukit Senyum ini juga berfungsi sebagai sebuah hotel, suite pejabat dan menara pejabat perniagaan khusus.

Sumber: PropertyGuru, eCentral, DagangNews, Vordac

Malaysia Klcc Gif By Traveloka - Find &Amp; Share On Giphy

Fuhlamak! Lepasni kalau jalan-jalan dekat area KL tu boleh la mendongak sebab nak tengok bangunan ni semua…

Baca : Warga Rusia Dedah Cara Ceroboh Menara 118, Siap Menyamar Pakai Tudung & Baju Pekerja Bangunan

Angela Wanita Rusia Ceroboh Menara 118 758X399 1

Sumber: DesignBoom
Sumber: Portal
Sumber: Vordac
Sumber: Portal
Sumber: PropertyGuru
Sumber: Vordac

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.