in

Lepas Seungri, Kisah Sejarah ‘Hitam’ Anggota Kumpulan Big Bang Lain Pula Terbongkar

Bigbang Kpop2015C 650

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang semua mesti dah tahukan pasal kisah Seungri jadi bapa ayam sampai dia buat keputusan untuk keluar dari kumpulan BigBang?


Tapi, menurut Star2, ini bukan kes pertama yang pernah melanda kumpulan BigBang ni. Hampir kesemua ahli kumpulan ini kecuali Taeyang pernah terbabit dalam skandal.

Seungri

Seungri atau nama sebenarnya Lee Seung-hyun adalah ahli kumpulan BigBang yang paling muda dan paling bermasalah.

Perangai Seungri terbongkar pada Januari lalu bila salah seorang pekerja kelab malam Burning Sun yang dimiliki oleh Seungri dituduh mencederakan seorang pelanggan.

Selepas kejadian itu satu per satu kes Seungri mula terbongar. Penyanyi ini dituduh telah menyalahgunakan dadah, menawarkan servis seks pada pelabur dan merupakan salah seorang ahli dalam group chat yang menyebarkan video seks haram.

Pada 11 Mac lalu, dia telah mengejutkan peminat-peminatnya bila dia umum untuk bersara dari dunia hiburan dan kontraknya dengan YG Entertainment telah ditamatkan.

Tapi ini bukan pertama kali Seungri dikaitkan dengan skandal seks. Pada tahun 2012, seorang wanita pernah menyebarkan gambar Seungri di atas katil kepada media di Jepun. Dikatakan, wanita ini pernah one night stand dengan Seungri dan dia suka cekik wanita ini semasa mereka melakukan hubungan seks.

G-Dragon

Gdragonchanelphotocallparisfashionweekwvuc3Foklvil

Ketua kumpulan BigBang ini memang tak asing lagi dengan kontroversi.

Pada tahun 2011, G-Dragon atau nama sebenarnya Kwon Ji-yong mengaku yang dia mengambil ganja semasa dia di Jepun selepas kantoi ujian air kencing. Dia ingat itu adalah rokok biasa. Cover baikkk

G-Dragon yang dikenali sebagai penulis lagu juga telah beberapa kali dituduh meniru hasil kerja orang lain.

Salah satunya, pada tahun 2019, lagu Heartbreaker dikatakan meniru lagu rapper Hollywood Flo Rida, Right Round. Tapi, khabar angin ini ditepis apabila Flo Rida sendiri muncul di dalam versi terbaru lagu ini pada tahun 2010.

Baru-baru ini, G-Dragon yang direkrut untuk menjadi askar Korea Selatan pada Februari lepas dikatakan telah mendapat layanan istimewa.

Semasa menerima rawatan akibat kecederaan kaki, G-Dragon yang merupakan askar biasa didakwa mendapat bilik rawatan khas biasanya digunakan oleh orang berpangkat tinggi.

Dakwaan ini ditepis oleh Menteri Pertahanan Korea Selatan dengan mengatakan bilik ini boleh digunakan oleh mana-mana askar untuk sebab-sebab tertentu. G-Dragon diberikan bilik itu supaya dia boleh mendapat privasi dari peminatnya.

T.O.P

Bigbangtop 1497015643 640X488

Ahli kumpulan BigBang tertua ini merupakan orang pertama dalam kumpulan ini yang disenaraikan menjadi tentera pada Februari 2017 sebagai pegawai polis.

Namun, baru sekejap rapper ini masuk latihan, dia dah buat hal. Pada Jun, dia telah dituduh mengambil ganja dan walaupun dia telah menulis surat memohon maaf, ia masih menimbulkan kemarahan orang awam.

Sejurus selepas berita tentang pengambilan dadah ini terbongkar, T.O.P dikejarkan ke hospital kerana overdose dadah. Confirm bukan ganja je yang dia ambik.

Penyanyi ini tak ditahan di penjara tapi dia telah dipecat dari menjadi polis dan telah menjalankan khidmat masyarakat sebagai pekerja perkhidmatan awam dan akan dilepaskan pada Jun tahun ini.

Daesung

Big Bang Daesung

Daesung yang terkenal sebagai Kristian yang agak kuat agama biasanya berjaya menyimpan hal peribadinya dari pengetahuan umum.

Tapi, pada 31 Mei 2011, Daesung terlibat dalam kemalangan. Dia didakwa telah melanggar seorang penunggang motosikal yang dikatakan mati di tempat kejadian. Polis mengatakan Daesung telah memandu dalam kelajuan 80km/j dalam kawasan 60km/j ketika kemalangan ini berlaku.

Walaupun penyanyi ini terlepas dari semua pertuduhan, dia tetap telah mencalarkan imej kumpulan ini apabila orang awam mula melabelkan dia sebagai pembunuh. Daesung telah mengambil cuti panjang dari dunia hiburan selepas insiden ini.

Taeyang

Taeyang 2017 081017

Taeyang yang dikenali kerana vokalnya yang dahsyat telah berjaya mengekalkan imej bersih. Tak seperti ahli kumpulannya yang lain.

Taeyang juga dikenali sebagai penganut Kristian yang setia. Ini dapat dilihat dari tatu-tatu dibadannya.

Taeyang telah berkahwin dengan pelakon Korea terkenal Min Hyo-rin dan perkahwinannya ini telah disambut baik oleh peminat-peminat K-pop di seluruh dunia.

Ini ke definisi bad boy perempuan-perempuan zaman sekarang ni?

 

Baca: Pendedahan ‘Secret Sex Cam’ Jung Joon-young & Kaitan Junhyung Hingga Menyebabkan Dia Bersara Dari Highlight

Screenshot 2019 03 28 At 6.00.10 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.