in

Tuan Rumah Terkejut Jumpa ‘Jirat Kecil’ Dari Dinasti Qing Dekat Rumah Bekas MB Pahang

Batu Nisan Depan Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tuan rumah ini pada mulanya tak ambil serius sangat apabila pernah mendengar kisah tentang rumah pusaka keluarganya mempunyai satu jirat cina semasa dia kecil dahulu. Selain daripada jirat cina, sebuah tokong juga katanya berada berdekatan dengan rumah tersebut namun telah dirobohkan dulu.


Pun begitu, kisah ini nampaknya menjadi kenyataan apabila sembilan batu nisan dengan tulisan Cina kuno telah ditemui di perkarangan rumah tersebut yang juga rumah bekas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Muhammad Jusoh dekat Kampung Pekan Lama, Pekan, Pahang.

Menurut Harian Metro, perkara ini sekaligus membuktikan sejarah bahawa negeri ini pernah menjadi laluan perdagangan utama pada suatu masa dahulu. Waaah! 

Nisan1

Kurator Unit Arkeologi Perbadanan Muzium Negeri Pahang Noridayu Bakry berkata, berdasarkan data awal, batu nisan ini dipercayai ada kaitan dengan Dinasti Qing sekitar abad ke-17 hingga ke-20 masihi. Penemuan jirat itu juga dipercayai yang pertama di negeri ini.

“Kami percaya ia batu nisan daripada Dinasti Qing kerana bahan yang digunakan ialah batu granit dan bukan konkrit selain penggunaan teknologi lama menyebabkan saiz batu nisan itu berbeza-beza iaitu antara 122 sentimeter (cm) hingga 75.5cm panjang manakala lebar antara 47.4cm hingga 33.5cm.

“Penemuan ini boleh mengukuhkan lagi pendapat Pahang pernah menjadi lokasi tumpuan pedagang dari China, berdasarkan penemuan seramik di Pulau Tioman, Rompin dan juga penemuan artifak lama di Kuala Pahang yang dipercayai dari Dinasti Song, Tang dan Min sebelum ini,” jelasnya.

940664

Sebagai rekod, Muhammad merupakan Menteri Besar Pahang kesembilan dan menjawat jawatan tersebut selama sepenggal mulai 1 September 1974.

Tambah Noridayu lagi, kajian lanjut berkaitan penemuan ini akan dilakukan Muzium Pahang dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara dan bantuan pakar Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sahkan kesahihan artifak tersebut.

 

Jumpa ‘jirat kecil’ masa nak potong rumput 

Bagi penghuni rumah itu,  Norhazlinda Abdul Rahman, 47, berkata, kewujudan ‘jirat kecil’ itu baru disedari pada minggu lepas, semasa suaminya, Razali Embong, 55, meminta bantuan rakan untuk memotong rumput dan menjumpai ketulan batu.

Nisan 2

Rakan yang memotong rumput itu berhenti untuk memeriksa batu itu dan terkejut apabila melihat ada tulisan Cina di atasnya. Kami terus memeriksa kawasan itu dengan lebih teliti dan terkejut kerana mendapati jumlahnya agak banyak.

“Anak perempuan saya pernah belajar di Beijing, China namun dia juga tidak tahu membaca tulisan di atas batu nisan itu dan merasakan ia adalah tulisan lama menyebabkan kami bertanya dengan rakan-rakan lain menerusi WhatsApp,” katanya.

Norhazlinda yang merupakan seorang guru tidak menyangka gambar tersebut tular sehingga mendapat perhatian Perbadanan Muzium Negeri Pahang yang menghantar wakil ke rumahnya untuk melihat sendiri batu nisan tersebut.

Menarik… sekarang ni min pulak nak korek tanah belakang rumah, mana tau jumpa artifak zaman dulu kala. 

Baca: Tragedi M.V Pulau Kidjang : 47 Jasad Masih Misteri, Terkubur di Pulau Tanjung Jerijeh, Sarikei

Sarikei

Sumber: Harian Metro
Sumber: The Star
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.