in

Tragedi M.V Pulau Kidjang : 47 Jasad Masih Misteri, Terkubur di Pulau Tanjung Jerijeh, Sarikei

Ft Kapal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila ditanya mengenai kisah kapal karam, mesti ramai akan kaitkan dengan kapal Titanic.


Tapi ramai tak tahu mengenai kisah M.V. Pulau Kidjang yang menyebabkan ramai terkorban di muara Tanjung Jerijeh, Sarikei, Sarawak tanggal 2 Disember 1973.

Tragedi ni dah meragutkan hampir 121 mangsa termasuk kanak-kanak.

Walaupun mayat mangsa berjaya diselamatkan, namun masih ada sebilangan lagi mayat penumpang yang tak berjaya ditemui hingga kini.

Sedikit sebanyak mengenai Kapal M.V. Pulau Kidjang

Kapal M.V Pulau Kidjang ni telah dibina pada tahun 1936 di Hong Kong dan pada asalnya kapal itu dimiliki oleh Syarikat Perkapalan Kidjang, Tanjung Pinang, Indonesia.

Lepas tu kapal M.V Pulau Kidjang dibeli pada tahun 1964 oleh Syarikat Perkapalan Messrs Central Shipping beralamat di Main Bazaar, Kuching dari sebuah syarikat perkapalan di Singapura.

Pada masa tu, kapal ni dianggap antara pengangkutan moden sebab ia dikatakan mampu memuatkan seramai 150 orang penumpang pada satu-satu masa.

Kapal 3

Tragedi Pulau Kidjang

Selain daripada “Tragedi Pulau Kidjang” jolokan lain yang diberikan untuk insiden ini adalah “Tragedi Titanic Sarawak”.

Tragedi ini tidak disangka-sangka oleh sesiapa pun kerana cuaca pada malam itu berada dalam keadaan baik, dan laut juga tenang.

Namun mereka tidak menyangka akan dikejutkan dengan cuaca yang tiba-tiba berubah kepada angin yang kencang dan ombak besar.

Menurut Dayang Sabariah Awang Musbatau, 91 yang merupakan salah seorang petugas sukarela ketika itu jelas terkejut dengan tragedi tu sebab kapal tu merupakan pengangkutan utama masa tu,  dianggap moden pada masa tu.

Tambahnya lagi bandar Sarikei bertukar riuh sejurus berita itu dihebahkan di radio.

Menurut Dayang ketika tragedi tersebut beliau ditugaskan untuk menguruskan mayat mangsa wanita serta kanak-kanak perempuan bagi proses pengecaman oleh sebelum dikebumikan.

Bagi proses pemindahan mayat, kesemua jenazah diangkat menggunakan jala sebelum dibawa oleh helikopter ke Dewan Suarah.

“Air mayat menitis di atas atap rumah penduduk. Ada antara mayat mangsa masih elok, malah ada juga yang tidak dikenali kerana terendam dalam air. Ada yang rupanya masih menghantui saya sampai sekarang. Malah, ada mangsa terkorban adalah rakan baik sendiri, masih terbayang kesedihan waris mereka,” katanya.

Tak dapat min bayangkan nak urus banyak jenazah dalam satu masa, lagi-lagi kawan baik sendiri. Tak kuat min…

Antara mayat mangsa-mangsa yang dituntut oleh waris, terdapat 12 diantaranya yang tidak dapat dikenalpasti identiti mereka telah disemadikan di tanah perkuburan khas di jauh daripada bandar Sarikei.

Kapal 2

INFO: Kapal pMV Pulau Kidjang

  • Kapal seberat 227 tan dibina di Hong Kong dibeli pada harga RM320,000 pada 1964
  • Berkapasiti 150 penumpang, ada ruang kargo dan kenderaan
  • Beroperasi mulai 1965 sebagai pengangkutan hubungkan Sarikei dan Kuching
  • 121 mangsa terkorban, 38 mangsa terselamat termasuk 18 kelasi, selebihnya hilang sehingga kini
  • Kerajaan Sarawak bina perkuburan khas dua kilometer dari Bandar Sarikei bagi mengebumikan mayat mangsa tidak dikenali
  • Penduduk setempat trauma makanan laut kerana kerana ada dakwaan menemui cebisan organ manusia dan aksesori seperti cincin dan jam tangan dalam perut ikan.

Tidak mengenakan jaket keselamatan

Kapal tersebut dilengkapi dengan 204 jaket keselamatan individu, 7 rakit keselamatan daya kembung yang boleh menampung sehingga 175 penumpang, 8 biji pelampung keselamatan serta dua bot keselamatan yang boleh memuatkan 32 penumpang dalam satu-satu masa.

Namun, menurut bekas wartawan Zaliha Hassan yang juga penulis buku Tenggelamnya Pulau Kidjang mengatakan tiada seorang pun penumpang beserta anak kapal mengenakan jaket keselamatan.

Apa yang peliknya adalah kapal tersebut cukup dikenali sebagai pengangkutan air utama untuk daerah Kuching, Sarekei dan Sibu.

Agak pelik bila pengangkutan utama itu karam pada kedudukan kira-kira 2.8 batu nautika dari rumah api Tanjung Jerijeh dan kira-kira tiga batu nautika ke arah rumah api Tanjung Selalang, Sarikei.

Sehingga kini, tragedi tersebut memberi kesan mendalam kepada penduduk setempat.

Selain kehilangan keluarga tanpa disangka, tragedi berlaku ketika penduduk sedang dalam suasana menyambut Hari Krismas.

 

Sumber : Berita Harian, Malaysia Gazette

 

Baca :[TERKINI] Air Naik Sampai 1.5 Meter! Lepas Kuala Lumpur, Kini Sarawak Pula Dilanda Banjir 

Ft Banjir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.